12/30/2008

TAG UJUNG tahun 2008 JOWO PINTER

Bro Black Purple @ panggilan manjanya Kang JP (JOWO PINTER) telah mengetag saya. mengenai work station... jazakallah kepada Kang JP yang mengingati saya dan sudi mengetag saya .

Ini ANTARA syarat dari Kang JP "Syarat yang diberikan untuk tag ini adalah:

Snap work station anda.
Kemudian taruh link blog anda di bawah gambar work station anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada.
Sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya, kalau tak, terencatlah dia...






Saya ada 2 work station... ( kat umah satu kat Pejabat satu)

Dengan itu saya rasa saya nak tag 3 orang ini( Syaratnya 7 orang )saya tak nak lebih lah sebab bukan semua orang suka kena TAG yang sayer TAG inipun tak tahu lah entah marah ker entah tension ker atau boikot sayer pulak nanti...apa pun anggaplah ia sebagai kenangan manis di tahun 2008 tak per kanss ..tak marah kansss..Selamat tahun baru 2009…

1. Seri yang baru berpindah ker Bangi..saya suka menyebok kat blogs nyer itu
2. Pok Li yang sentisa ensem dan tenang itu…
3. Cikgu Jue yang mula sebok dgn anak-anak muridnya itu…

12/29/2008

TAGGED OLEH KANG ME YANG ITTEW

Saya di Tagged oleh kang ME (Idola 2) saya. Blogs dier nih banyak gambarnya yang cantik-cantik belaka. Bahasa bersahajanya cukup memikat hati saya sehingga terikut-ikut gitew. Entah apa dosa saya di Tag olehnya…ada 12 soalan semuanya..Fuh..boleh meriang (Demam) nak jawab 12 soalan ni…

1. Do you think you’re hot?

- tak lah…tak caya tanya hotlinks

2. Upload your favourite picture of you?
- Ini jer yang ada…



3. Why do you like that picture
- Baru jer balik pej Tanah tukar nama masuk geran…hik..hik..

4.When was last time you ate pizza?
- bulan 3 tahun lepas raikan along “dapat nombor satu” saya tak biasalah makan pizza, makan lempeng biasalah.

5.The last song you listen to?
-Kat radio Ufm. channel 93.60 Jam 7.00 pagi lagu Negaraku…Ops berdiri semua..

6.What are you doing right now besides this?
-nak titiskan Eye Glo plus 10ml. kat mata napa entah mata nih rasa penat pulaks…comfort strained & tired eyes katernyer ubat ni.

7.What name would you prefer besides yours?
-Y.B (yang beriman dan berharta)

8. 5 people to tag.
- Pak Man Laksam
- Cikgu Jawe
- Cikgu Pinat B
- Dilla (monggo mamper)
- Anwar (haa… bukan yang itu dia nih bakal Cikgu)




9.Who is number one?
- Pak man yang rajin dan tak penat-penat bercerita pasal zaman muda-mudanya dolu-dolu…

10. number three is having relationship with?
- Cikgu yang rajin dan pandai memasak dan saya pulak minat makan lah…

11. How about number four?
- Dilla adalah antara jawe yang paling sogeh gitew..baru balik ngelencer dari Hongkong lagi…tak caya gi lah Blogs nya..monggo MAMPER.

12. Who is number two?
- baru jer sayer kenal mamat nih…dier nih Senior bloggers Cikgu, Ustaz, Penceramah Motivasi…pandai bahasa Russia lagi….ojo pegel yo kang!!!!

Akhir kata dari saya; Selamat menyambut Tahun baru 2009 semoga hubungan kita semua kekal sepanjang masa….kawan-kawan yang lain bukan habiha69 lupakan tapi tak nak menyeksa kalian menyambut tahun baru kali nih dengan Demam kena “TAG”...Salam semua

IKHLAS DARI KU HABIHA69.

12/25/2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H




Saya ucapkan selamat dan salam Maal Hijrah Buat Semua sahabat bloggers, Marilah kita melakukan koreksi diri bermula tahun baru hijrah 1430(H) ini. dan berazam untuk mempertingkatkan amal ibadah dan kerjaya kita. Doa awal Tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Tahun baru Islam bermula pada waktu Maghrib.

ASSSALAMUALAIKUM....KALIMAH MULIA


Assalamualaikum...Alhamdulillah kini saya boleh menulis kembali setelah hampir 19 hari merehatkan jari jemari ini...Banyak peristiwa suka dan duka selama 19 hari itu (yang paling sedih Nenda yang menjaga saya dari sekecil tapak tangan hingga lah dewasa telah kembali ke Rahmatullah..alhamdulillah saya sempat bersama-samanya dari saat mengadapi sakaratul maut hingga ke penghujung nyawanya...al-Fatihah)..Terima Kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi ziarah saya..ada yang bertanyakan saya kenapa membisu seribu bahasa...yang paling menyeksakan sampai kini 2 tugasan belum lagi mampu nak saya buat...Kang JP dan Kang ME telah menge"tag" saya...aduhhh. Insyaallah akan saya selesaikan sebelum Tahun baru menjelang Tiba...Dengan kalimah mulia ASSALAMUALAIKUM saya ucapkan untuk semua teman-teman seperjuangan, Pak Man Laksam, Pok Li, Dilla (wong jowo paling sogeh), Cikgu PinatB, Cikgu Jue, Abang Muor76, CikguUstaz Jawe (cikgu jawe paling hensem dan kuat iman), akudimar (nih jawe bagan datoh kot)dan lain-lain lagi yang selalu saya ziarah blogsnya.

12/01/2008

10 Ciri Anak Mithali


Saya dah isi borang cuti tapi ada perkongsian ilmu sedikit dengan Staff di tempat kerja . Bicara soal Suami Mithali, Isteri Mithali , Mertua Mithali, Ayah Mithali, Ibu Mithali dan Saya di minta membentangkan tentang Anak Mithali. Alhamdulillah Jumpa Buku Imam Ghazali (Ihya Ulumuddin) mengenai ciri-ciri anak mithali antaranya:
1. Berbicara dgn Ibubapa dengan suara lemah lembut.
2. Tidak melarikan pandangan mata ketika berbicara dengan Ibubapa
3. Tidak berjalan di depan Ayah dan Ibu melainkan tunduk tanda hormat.
4. Tidak mendahului Ayah dan Ibu duduk.
5. Sentiasa Doakan kebaikan IbuBapa
6. Tidak Bercekak pinggang di hadapan Ibu dan Ayah
7. Tidak menghina Ibu dan Ayah (Dengan kata atau perbuatan)
8. Mengurus Ibubapa yang uzur tanpa berkira
9. Menyediakan keperluan Ayah dan Ibu seperti makan dan minum
10. Segera datang kepada mereka apabila dipanggil.
Berkatnya hidup Ibubapa bila anak kita ada 10 ciri demikian...

11/25/2008

CEMPEDAK GORENG



Semalam sempat makan cempedak goreng yang embah lanang bawak dari kampong (simpang Lima) Embah bilang buah cempedak banyak tapi kau tak balik-balik kampong. Lahh Embah nih baru minggu lepas Aku balik…kan..malam tu Embah tidur dengan Along, Ariff dan Asyraff..Pas tu die bercerita sakan sampai 3 ningrat tu tersenguk-senguk…keh.keh.. rupanye embah Kangen ngan Budak-Budak tu…Cempedak pulak yang jadi alasan…Buah Cempedak diluar pagar, Embah jolok dan tolong bawakkan…kata embah sambil makan cempedak. MINGGU NI KENA LAH BALIK KAMPUNG...Cempedak tengah banyak nih..musim cempedak ke? atau salah Musim?.

HEMAH BERBELANJA




Mafhum Surah Al-Israk ayat 27 menyatakan : “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan hartanya mereka itu tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) ditengah-tengah antara yang demikian” [Al-Israk : 7]

Hujung bulan ini kaki kita tergedik-gedik mahu keluar shopping al-maklumlah musim "menuai" ada yang mengira-ngira pastinya bulan depan (Disember) akan mendapat durian runtuh (bonus) dari majikan masing-masing. Di bulan November dan Disember merupakan bulan yang lazimnya semua orang akan berbelanja lebih dari hadnya. Ibubapa yang anaknya masih bersekolah akan sebok mencari pakaian sekolah anak-anak, keperluan buku-buku rujukan, Beg sekolah, Kasut sekolah dan bermacam-macam lagi keperluan lain yang mesti dibeli di hujung tahun sebelum mengadap tahun baru. Yang tidak banyak komitment mungkin tengah berkira-kira destinasi "holiday" hujung tahun ini.

Maka kita sebagai pengguna & pembeli hakikatnya merupakan orang yang ada kuasa, boleh memajukan dan membangkrapkan mana-mana kedai yang kita suka atau tidak suka. Tetapi kita kena ingat, berhati-hatilah di dalam mengurus perbelanjaan agar tidak terperangkap.Terutamanya dengan godaan jualan murah di hujung tahun dengan membeli barangan walhal kalau tidak membelinya pun tidak mengapa atau dengan perkataan lain ia bukan satu keperluan pun.
Sekurang-kurangnya amalkan garispanduan seperti berikut sebelum berbelanja:
(1) Tentukan barangan yang hendak dibeli
(2)Tentukan jumlah harga barang-barang tersebut bersesuaian dengan budget kita.
(3) Agihan simpanan untuk kecemasan perlu ada .

Selalulah "bermuhasabah" dalam berbelanja kerana ia akan mengelakkan pembaziran. Beringatlah selalu di masa kita mempunyai wang yang banyak, kerana kita tidak dapat menjangka bila wang tiada bagaimanalah hidup kita nanti. Nafsu untuk menunjuk-nunjuk memang tidak akan habis-habis jika asyik dilayan.Cuba sesekali kita bersikap tamak dengan bersedeqah atau infaq untuk memunggah laba di akhirat nanti . Hati-hatilah bila berbelanja...Kata memang mudah..nak diamalkan kekadang susah sekali....[ N3 INI TIDAK SESUAI DIBACA UTK. MEREKA YANG MEMPUNYAI BUDGET YANG MELAMPAUI BATAS]

11/20/2008

Mengulas "Comments" juga sedeQah?



Alhamdulillah...dalam diam dah 4 bulan juga "aku" (Pinjam perkataan Cikgu Jawe)mengisi ruang En3 blogs sendiri dengan mengalami pelbagai pengalaman dan kepelikkan dunia blogs ini...sesuatu yang istimewa sebenarnya. En3 sebelum ini ialah ttg.SedeQah Selipar...Memang betul cakap Pok Li..setelah selesai saya mengulas "Comments" En3 nya (Bisobonar). saya betul-betul dapat "Comments" yang mencongkam..alahai (Mintak izin En.ME pijam Trade Mark ini)..baru tahu saya dunia Blog nih ada kalanya mengguris perasaan dan jiwa...tapi saya cuma nak kata begini : bagi saya mengulas atau istilahnya "Comments" En3 seseorang perlulah berniat baik dan bersikap baik juga. sebab yang baik-baik itu akan dapat ganjaran Allah seperti Firmannya di dalam Surah Al-An Am:ayat6 mafhum Firmannya: "Sesiapa yang berbuat kebaikan baginya 10 kebajikan" Maknanya bila kita berkongsi pandangan, pendapat mahupun idea maka niatkanlah untuk "kebaikan" semata-mata. Dengan kata lain jika kita "Comments" itu maksudnya juga kita dikira bersedeQah walaupun hanya berbentuk kata-kata dari buah fikiran yang baik-baik sebagaimana yang dimaksudkan dari riwayat oleh Bukhari dan Muslim.Kesimpulannya jangan kita "jengkel" kepada yang suka mengacau mungkin mereka dari suku sakat Abu lahab kot ...tak dapat sedeQah selipar hari ini dapat sedeQah "Comments" kat kengkawan pun jadilah...

11/18/2008

BERSEDEQAH SELIPAR DI WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN?



Tajuknya agal lucu juga kan? Tapi inilah di antara tips untuk mendidik Jiwa bersedeqah yang akhirnya akan menguntungkan kita, anak-anak ataupun sesiapa sahaja yang mengaku beriman kepda Allah SWT. Jadi minggu ini Entri Blogs saya ialah tentang Sedeqah Selipar.

Amalan bersedeqah merupakan amalan yang terpuji dan di antara amalan yang akan di anugerahkan kunci untuk memasuki syurga Allah SWT. di akhirat kelak.

Bulan ini ramai Ibu bapa, anak-anak atau kita sendiri akan mengambil cuti. Ada yang balik bercuti ke Utara, Ke Selatan atau ke Pantai Timur .

Sebelum anda Travel dengan seronoknya bersama Famili, saya syorkan anda singgah sekejap di kedai dengan membeli selipar yang harganya tidak sampaipun RM2.00 Kalau anak Empat belilah empat pasang jumlahnya cuma RM 8.00 tidak sampai pun sepuluh ringgit.

Ketika anda dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda Cuma perlu pilih sahaja mana-mana masjid yang anda berhajat untuk singgah dan sekaligus bersedeqah selipar di masjid-masjid berkenaan. Sambil itu anda lihatlah selipar yang ada…sungguh dhaif sekali kan?…ada yang kanan warna biru yang kiri warna merah…diikat tali raffia pun ada juga…Bukan apa Sedeqah kita itu semata-mata untuk manfaat kegunaan jemaah mengambil Wudhuk….atau ke tandas .Fadhilat atau kelebihannya anda fikirlah sendiri…. Saya hanya mampu menyebut demikian: “Selagi sedeqah anak adam itu digunakan untuk tujuan ibadah selagi itulah ganjarannya dicatit oleh Allah SWT”… Kesimpulannya Sambil bercuti dapatlah kita mendidik diri dan anak-anak untuk “taqarrub” (mendekatkan diri) dengan Rabbul Jalil…. Sekali lagi saya nak kata anda fikirlah sendiri….

KENANGAN MANIS DI SIME DARBY





Semalam 18hb. September Saya menghadiri seminar Kepemimpinan Melayu di Sime Darby Convention Centre. Dijemput sebagai peserta dan membaca doa Perasmian. Banyak perubahan yang berlaku (landskap) di SIME DARBY ini..ini kali ke 2 saya ke sini, kali pertama tahun 2006 bersama teman-teman school Inspector (Nazir) .Sebaik sahaja nama diumumkan untuk membaca Doa Perasmian saya pun bingkas bangun membaca Teks yang saya karang hanya lebih kurang 10 minit…hasilnya Y.B.Datuk Ir. Hj Idris Hj Harun (Timbalan Menteri 1 Kementerian Pengajian Tinggi) mengulas doa saya hampir 30 minit…kawan-kawan ada yang tersengih, manakala dari IPT lain tersenyum juga (tak pasti sinis ataupun ikhlas) yang diulas bait-bait doa saya mengenai “moga kau anugerahkanlah Ya Allah hari ini lebih baik dari hari-hari semalam yang kami lalui”…much better rather then those days… dan katanya lagi itulah pokok dan isi Teks yang ia perlu huraikan sebelum dirasmikan seminar pada hari ini. Saya seperti biasalah dah kebal dengan puji-pujian itu. Sebaik sahaja tamat saya keluar sessi Jamuan ramai juga rupanya yang datang menghulurkan tahniah…kerana berjaya mencuri hati Y.B. dan ada yang meminta Teks Doa yang saya baca…ada yang nak mintak saya akan datang bentang Paper..ada juga yang nak mintak saya doakan anaknya Cemerlang SPM…30 minit juga saya menyorok dalam tandas buka Neck Tye, Simpan Songkok dalam Beg Seminar,..dan tanggalkan Name Tag saya…keluar tandas saya berdiri tepi pasu…saya dengar dari Jauh …Ustaz tu dah balik dah..walhal saya di depan mereka….dan 15 minit lagi saya duduk menyembang di kiosk jual Kek “Halia” paling seronok mamat yang tadinya ucap tahniah dengan selamba tanya kat saya..tandas mana???....hik..hik..macam-macam gelagat manusia rupa-rupanya.

11/11/2008

MASIH DALAM CONFUSE (BAHAGIA @ SENGSARA)



Semalam petang Jam dah 6.35 Aku masih tidak dapat mencari jawapan lagi sengsara betul rasanya . Fikiran melayang-layang cuba untuk membuat keputusan yang paling rasional dan yang paling membahagiakan semua, sambil mendengar celoteh Radio DJ Anim di channel 93.60 teringat kembali ingatan di Bilik Konti DJ bersama dengannya ditemuramah tajuk berkaitan Bahagia & sengsara . Jadi hasilnya jadilah satu entri [BAHAGIA & SENGSARA] Bahagia diistilahkan sebagai kesenangan, keamanan, dan kesentosaan manakala Sengsara pula bermaksud kesusahan, kesulitan dan penderitaan . Ia seringkali menjadi teman akrab lagi sejati manusia . Maka digambarkan manusia yang bahagia itu adalah orang yang paling istimewa manakala manusia yang sengsara itu ialah orang yang tidak bernasib baik dalam hidupnya . Antara tanda-tanda orang yang bahagia itu ialah :1. Senang dan suka dalam urusan akhirat 2. Himmahnya(kemahuan) kuat terhadap mengabdikan diri kepada Allah apatahlagi membaca Al-Quran 3. Sangat memelihara sembahyangnya 4. Jaga diri dari yang haram dan syubhat 5. Suka bersahabat dengan orang soleh dan baik 6. Bersifat dermawan pada jalan agama. 7. Sangat bermanfaat kepada orang lain 8. Sentiasa siap sedia menghadapi kematian. Manakala tanda orang yang Sengsara itu ialah :1. Rakus terhadap harta dunia 2. kemahuan dan syahwat yang kuat terhadap dunia semata-mata 3. Meringan-ringankan Ibadah terutamanya solat. 4. Berkawan dengan orang fasik dan memusuhi orang yang mencintai agama 5. Sombong lagi membanggakan diri 6. Bersifat suka merosakkan hubungan silaturrahmi 7. sedikit kasih dan sayang kepada orang yang beriman 8. Kikir lagi kedekut 9. Tidak ingat mati 10. Tiada perasaan terhadap Al-Quran dan Sunnah Nabi. Maka Aku & Kita di mana ye? Bahagia atau sengsara?

11/09/2008

DUA puluh lapan hari yang Confuse


Semalam aku dapat surat susulan ke 2 memanggil aku belajar semula. Surat itu bukanlah memberi makna yang sebelum ini aku tak belajar atau menyorok sebalik pokok pisang. Dulu (1998) aku pernah mohon belajar, sambil tu aku ambil exam di British Councils untuk melayakkan aku jadi Mat Salleh, tapi keizinan untuk belajar tak dapat katanya aku baru balik dari “branch” dan baru sahaja duduk kat HQ. Bagilah peluang untuk Kakak dan Abang2 tua yang nak belajar tu….Walaupun borang dah Ku hantar aku terpaksa akur juga masa tu sifat kejawaan aku kental masa tu “Nrimo wae suratan Taqdir” Tak merasa lah aku nak main salji atau nak jumpa MR Bean. Masa tu aku sahaja seorang Teruna yang paling muda dan paling Handsome…kena teh tarik secawan …lebur aku…Borang Sambung Belajar yang dah diproses pun aku sanggup tarik balik .Tapi sekarang ni Surat macam tu datang lagi. Tapi tempatnya bukanlah kat Oxford atau Cambridge atau kat Mancaster United (MU) tapi orang kata tempat ni adik beradik dengan (MU) Cuma atas sikit kat UK dan lebih tepat Main Entrance nya ialah Al-Rahman Mosque.. Aku Confuse sebenarnya…bukan soal tempatnya. Entahlah semenjak 2 menjak ni perasaan malas tu semakin menebal dalam jiwaku…tak tahu lah mana silapnya. Memang lah tidak ku nafikan belajar tu satu tuntutan (sabda Nabi walupun sampai ke liang lahad) Tapi aku malas..malas..malas….Confusenyalah aku hari ini… ada 28 hari lagi aku kena cari jawapan nya…

URUS MAJLIS WALIMAH(7-9 NOV 2008)






Aduh penat sungguh minggu ini, jawa bilang “kesel, lempoh” apakan daya terpaksa uruskan juga perkahwinan 2 mempelai nih…satu dari Jenderak Selatan dan satu lagi “mai” dari Kuala Nerang. Malam tu aku jadi Saksi Nikah dan Jurucakap Pihak Pengantin Perempuan adik ipar aku. Bacaan doa selamat dan ucapan ringkas serta mengepalai majlis Resepsi sekaligus dibuat pada Malamnya. Penat..penat..esok pulak aku jaga orang “Kejobos @ rewang@ sinoman” Majlis selesai Jam 6.00 Petang . Aku doakan adik aku ini bahagia hingga ke anak cucu. Hampir lebih 14 tahun aku jaga adik ipar aku ini seorang lelaki seorang perempuan (dari sekolah Rendah hingga Bujang) akhirnya minggu ini sah lah dia jadi suami dan isteri orang…lepas tanggungjawabku…Nak ucap juga Terima Kasih Kepada Ketua Kampung Abang Rasyid dan Am…Rendang palembang , Ayam goreng, nasi minyak, Sambal goreng mu enak sekali…Mau mbengi orak iso turu aku… TERIMA KASIH SEMUA ORANG KAMPUNG SIMPANG LIMA.

11/02/2008

JANGAN TERLALU MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH


Bagaimana agaknya perasaan anda jika budi tidak dikenang? Atau pertolongan yang selama ini anda hulurkan itu di balas “tunai” dengan kejahatan? Sakit atau tidak hati anda?

Maka kalau jawapan yang anda berikan itu “Ya” maka itu sebahagian tanda-tanda hati yang belum benar-benar ikhlas, dengan ertikata lain hati yang anda “empunya” itu belum lagi sampai ke tahap melakukan sesuatu hanya kerana Allah.

Janganlah anda kesal bila madu yang dihulur dibalas denga tuba, jika kita mula memilikki hati yang sedemikian, ertinya kitalah antara orang yang paling bahagia di dunia, kerana buktinya jiwa kita bebas dan tidak terikat dengan karenah manusia. Tetapi persoalannya mengapa kita sukar melupakan budi baik yang kita buat kepada orang lain?

Jawapannya mudah sahaja, iaitu kita spesis yang memang suka orang mengenang budi baik kita itu, atau dengan kata lain kita berusaha untuk melaburkab budi dan kemudian berusaha mengaut keuntungannya kemudian hari.

Apapun sidang pembaca yang budiman, kebaikan yang kita hulur itu bukannya dari kita. Sebenarnya ia datang dari kuasa Allah Rabbul Jalil, kita ini hanyalah saluran bagi Allah menyampaikan nikmat-Nya, kepada manusia lain. Justeru itu kebaikan yang kita berikan itu hanyalah “pinjaman” daripada Allah, Nah…..kalau begitu mana boleh kita berbangga dengan budi yang kita hulur itu.

Sidang Pembaca yang Budiman.

Janganlah sekali-kali kita marah dan rasa kecewa yang amat sangat , kalau kebaikan kita tidak dibalas, dilupakan atau lebih malang lagi dibalas dengan “tuba”! yang kita perlu sedari ialah kita ini hanyalah melaksanakan amanah Allah SWT. Kepada sesama manusia.

Orang yang ikhlas itu akan sentiasa menabur budi tanpa mengharap balasan, sama ada dia dibalas dengan baik ataupun tidak itu tidak penting baginya, dia berbudi kerana melaksanakan dan menyempurnakan titah perintah Allah SWT. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW. “Manusia yang baik itu ialah dia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”

Inilah sikap dan sifat yang dipaktis oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW. Baginda melupakan kebaikan yang dibuatnya, malah lebih dari itu baginda sendiri melupakan kejahatan terhadapnya, bagi baginda hatinya telah terlebih dahulu diserahkan kepada Allah SWT.

Sidang Pembaca Yang Budiman

Memang fitrah manusia tidak suka dikecam sekalipun dia bersalah, apa lagi dikecam sedangkan dia berbuat baik, atas dasar fitrahnya sahaja manusia mampu berbuat baik selagi dia dibalas dengan baik, tetapi jika kebaikannya dibalas dengan jahat, ia akan marah. Namun bagi seseorang yang benar-benar berbuat baik kerana Allah dia dengan senang hati boleh menerimanya dengan tenag.

Inilah bezanya orang yang berbuat baik di dorong oleh Fitrah, dengan orang yang berbuat baik kerana Allah. Sebenarnya rasa fitrah sahaja tidak cukup untuk manusia mencapai kebahagiaan, keamanan dan ketenangan hidup yang hakiki, sebaliknya manusia itu amat –amat memerlukan Allah (Rabb) yakni tuhan yang menurunkan islam sebagai landasan aturan hidup manusia, justeru itulah Al-Quran dan As-Sunnah berfungsi sebagai pendorong dan pengaturcara fitrah manusia di dalam melaksanakan amal kebaikan.

Mereka yang membuat kebaikan kerana perintah Allah, tidak sekali-kali akan kecewa kalau budi yang ditabur tidak dikenang. Orang begini bahagia hidupnya, baginya kebahagian sebenar ialah dapat berbudi kerana Allah.

Kita jangan pula rasa resah gelisah ataupun takut. Di Dunia ini sangat ramai manusia yang tidak berterima kasih, jadi kalau kita kesana kemari kerana mengharapkan terima kasih itu, kita sebenarnya sedang dilanda problem kejiwaan, bukankah Allah SWT sendiri telah menegaskan nelalui firmannya;

“ Sangat sedikit dari hambaku yang bersyukur” (saba : 13)

Maka dengan demikian , kalau kepada Allah pun bilangan yang berterima kasih (bersyukur) hanya sedikit, sedangkan budinya begitu banyak tidak terhitung, apalah sangat hendak dikesalkan kalau budi kita tidak dikenang hanya budi yang sekelumit itu sahaja? Jika kita inginkan kebahagiaan, berhentilah dari mengingat apakah orang lain berterima kasih ataupun tidak kepada kita. Sebaliknya carilah kebahagiaan dengan “memberi” tanpa “mengharap” untuk menerima apa-apa.

Kalau ini berjaya kita lakukan nescaya kita lebih berbahagia daripada orang yang menerima pemberian kita.

Jadilah ibu yang berbahagia kerana dapat mengasuh anak-anak tanpa mengharap balasan, kerana kerja mengasuh bukannya budi tetapi amanah, jangan banyak memfitnah takut pula anak kita perangainya saling tak tumpah ibu yang mengandungkannya.

Jadilah warga pendidik yang gembira kerana dapat mendidik mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengharapkan balasan kerana mendidik itu adalah tanggungjawab.

Jadilah ketua yang memimpin pengikutnya tanpa mengharap sebarang balasan kerana kepimpinannya bukan jasa tetapi tugas.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama bayangkan betapa Allah banyak memberi kepada kita tanpa meminta balasan, namun hambanya ada yang taat dan ada yang berterusan derhaka tidak sedarkan diri, walhal kita sama-sama masih diizinkan bernaung di bawah rahmat-Nya jua. Mengapa kita tidak boleh bertolak ansur walau sesaaat pun?

RENCANA INI TELAH DITERBITKAN DI DALAM MAKALAH SOUTUL JUMAAT UiTM (HABIHA)

AKU NAK JADI TUAN TANAH...




Minggu ini aku pergi tengok tapak tanah kebun yang hendak dijual kepada aku dengan harga RM 150,000 lebih kurang 1 ekar ½ , setelah aku melalui Tol 60sen aku pun masuk ke jalan yang dimaksudkan, namanya jalan Hj. Hashim



Niat asal beli tanah ni ialah nak buat projek Tanaman Nangka Madu, tapi tak tahu lah jadi ke tidak bila melihatkan Rumah kat kiri kanan kebun yang nak dijual tu cantik-cantik macam Rumah yang aku selalu mimpikan sebelum ini, tapi bukan macam mimpi en. ME yang tengah menjejakki Ahmad samerin jutawan more jutaria tu…Ganaz sangat mimpinya…tak basuh kaki la…tue.. Mie ,Niat nak tanam nangka Madu tu takut-takut tak menjadi sebab maklumlah bila sembang-sembang dengan jiran sebelah tanah yang nak aku beli ni rupa-rupanya sebangsa yang berlayar dengan kapal Star Cruise….satu masa dulu apa lagi medang-medang dan ngelenteng lah aku…di rumahnya lalu diajaknya aku bermastautin sahaja di sini…tinggalkan sahaja hiruk pikuk kota..lagi pun tempat kerja aku tak jauh sangat katanya hanya 22 KM sahaja. Masjid pulak tengah di naiktaraf…ada Chance katanya kalau aku nak jadi Nazir Mesjid…"engko sek lah wak" kataku …maka betapa kehangatan layanan dan kemesraan bangsa Jawa aku rasakan lagi hari ini…betullah Jawa memang Best…

10/29/2008

TERPAKU BILA IDOLAKU MENYAPA DI BLOGS


Terpaku mengikut kamus dewan menyatakan maksud terpaku itu ialah; dilekatkan dengan paku,duduk dalam keadaan tidak bergerak-gerak, tidak pula berbunyi-bunyi, terlekat, tertumpu pada matanya....itulah istilah yang memang tepat pada makna dan maksud yang hendak aku ceritakan pada kali ini....semuanya berpunca selepas aku memberi khidmat nasihat Pelajar (itu istilah lembutnya..yang lebih tepat...jerkah)apa tidaknya dah nak keyy in markah baru datang mohon Syafaat katanya...terangkat lah aku.Maka bila waktu sebelum Solat aku pun bukak blogs aku...terkedu lalu terpaku aku bila IDOLA aku telah memberi "Comments" kepada skrip "cerita Balik Kampung Simpang Lima Siri 1" terima kasih lah kakang Jowo Pinter kerana sudi menyapa aku dan semak-semak blogs aku...kalu ada cerita yang tersama, tercopy, terplagiat...kira adik beradik sudah lee yee...ojo pulak ngeret aku areng mahkamah...apa pun Tima Kasih Black Purple kerana sudi ziarah dan mohon tunjuk ajar mana yang tidak betul..Jazakallahu Khairan Kathira...Allah Yubarik alika...

10/27/2008

BALIK KAMPUNG SIMPANG LIMA siri (1)


KELAPA (DAUN BUAT KETUPAT, ISI UNTUK SANTAN ATAU MINYAK)








INI PELAM DARI BENDANG (SAWAH)..MANIS NIH...








BUAH SUKUN (BUAT KEREPEK ATAU DIGORENG MINUM PETANG)








TANAM TEBU DI TEPI BIBIR (INILAH DIA)









YANG INI PULAK TANAM DILUAR PAGAR (CEMPEDAK)









INI RUMAH EMBAH LANANG (CHALET PALING TIP TOP KAMI SEKELUARGA) CHECK INN BILA-BILA MASA...CHECK OUT DIBEKALKAN (SANGU)

Setelah penat dan tension mengira markah assignment, kerja-kerja kursus dan ujian akhir subjek Pengurusan Minda, tepat Jam 10.00 kami bergerak balik ke kampung simpang 5 sungai Nipah Darat, maka aku kongsikan beberapa "View" kampung simpang lima untuk siri 1 ini.Kampung simpang lima memang damai dan tenteram, tempat paling aku suka duduk tepi pokok pelam (bendang/sawah) tu...asyik mata memandang kehijauan alam. Simpang lima pun ada Jeti Nelayan nanti akan datang aku ceritakan tentang Jeti dan Sawah bendang sekali, niat hati nak juga buat Homestay kat sawah...apakan daya aku kerje di Bandor takde lah masa untuk memikirkannya. Gambar-gambar itu semuanya ada di sekeliling Chalet Embah Lanang, menariknya kalau musim cempedak tak larat nak makan...perut sampai kembung.Apapun kehijauan dan kedamaian ciptaan Allah tetap ku ingati sebagai kurniaan yang paling berharga buat manusia di Muka Bumi ini.

BERJAYA TAMATKAN PUASA ENAM SYAWAL






Akhirnya berjaya juga Aku dan Famili Tamatkan Puasa Enam Syawal dari 20/10 - 25/10 walaupun di punghujung Syawal rupanya terlalu banyak ujian dan cabarannya. Bayangkanlah setiap hari ada saja kawan-kawan yang ajak Ngombe (medang-medang)mahupun Jamuan hariRaya jabatan ataupun Fakulti...peh bersusun-susun Jemputannya, ada satu masa tu Jamuan dibuat betul-betul sebelah Ofis aku, apa lagi bau satay membikin bulu roma ku meremang. Di Kala aku berbuka Puasa dan menyambut HariRaya Enam Syawal sempat juga aku mencari Lemang, Satay, Ketupat, rendang dan Air Tebu demi menyambut kejayaan melepasi godaan enam Syawal itu. Walaupun lemang tu tak sehebat macam lemang Pn Nisah Haroun tapi sudah cukup lengkap rasanya aku merayakan kejayaan di sisi Nya, Moga Puasa aku diberkati dan dirahmati jua oleh-Nya..Amin Ya Robbal Alamin.

10/23/2008

MINGGU KUMPUL MARKAH HKR 112







Minggu ni satu hari suntuk nampaknya terpaksa stay kat rumah sahaja untuk menyemak assignment student aku dan mengumpul kerja-kerja kumpulan untuk subjek HKR 112. Ujian Minda dah pun dibuat. Ujian Hafazan Surah pilihan juga telah dilaksanakan dengan jayanya cuma adalah beberapa student aku yang keras kepala kot taknak markah...tak ape lah yang rugi mereka bukan aku...zzzz (tukar channel) Nang umah iki okeh cabaranne, nek ngombe mboh pirang kali wae, wes kue agak angel arek "Fokus" yo laah TV meneh, bocah-bocah podo nongkrong nang pundak ku yo wes...orak iso lah arek ngawek kejo... zzzz (Channel tadi balik) untuk student2 ku yang rajin-rajin tu..doa untuk kalian semoga berjaya Dunia dan Akhirat..kalau boleh tahun ni ko orang dapatkan sijil Dekan ye..jangan lak Dekan cari Ko Orang sebab kantoi...ko orang kan dah besar panjang..mesti pandai-pandai kan..kan..kan..untuk Cikgu Safwan, cikgu Umar Afifi, Cikgu Muhamad Hanif dan Cikgi-cikgi yang lain tu...jangan banyak buat skandal yee..kepada tukang buat ubat Farhan, shahariz and Suhaimi bila nak belajar buat ubat pengasih? kalau subjek tu ada kasi tau aaa...Good Luck semua...

10/20/2008

kenali sang semut (iktibar dari-Nya)


SEMUT merupakan serangga yang ada dikesahkan di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah An Naml yang merupakan surah ke-27 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri dari 93 ayat, Surah ini tergolong dari kumpulan surah-surah Makkiyyah . An Naml ataupun semut merupkan di antara serangga kecil yang merayap dipermukaan bumi. Semut juga dijadikan perumpamaan di dalam bahasa Melayu seperti “ada gula adalah semut”ataupun “mati semut kerana gula”. Semut walaupun haiwan kecil terkenal dengan sifat kerja gotong royong dan bekerjasama, upaya strategi ketenteraan, mantapnya jaringan komunikasi yang maju, makhluk yang agak cerdik, hidup penuh disiplin, dan perencana kota yang cukup unik lagi sempurna. Setiap koloni semut, tanpa kecuali, tunduk pada sistem kasta secara ketat. Sistem kasta ini terdiri atas tiga bahagian besar dalam koloni.Anggota kasta pertama adalah “Ratu” dan semut-semut jantan ”Raja”, yang memungkinkan koloni Semut berkembang biak. Anggota kasta kedua adalah “perajurit” atau Laskar yang berusaha membangun koloni ataupun menemukan lokasi baru untuk meneruskan kelangsungan riwayat hidup, manakala kasta yang ke tiga terdiri dari semut “pekerja” yang patuh dan taat melakukan kerja berat ataupun ringan. Hakikatnya kerajaan semut (Wadin Naml) telah wujud sekian lama. Ianya boleh dibuktikan di dalam Surah An-Naml pada ayat 18, diberitakan Raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke dalam sarang masing-masing, supaya jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya yang akan melewati tempat itu. Mendengar titah perintah Raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman a.s. tersenyum dan takjub atas betapa teratur dan tersusunnya kerajaan semut itu, walaupun kecil tetapi cukup mengkagumkan.

Tajuk ini telah saya tulis di Makalah Sotul Jumaat UiTM pada 24 Oktober 2008 bersamaan 24 Syawal 1429H

10/15/2008

ADA YANG TANYA AKU LEWAT E-MAIL


Terima kasih la..U All semua sebok tanya aku ni saper sebab tak nampak muka, Ustaz ke? Cikgu Ke? Peramugara Ke? Body Builder ke? ...keh..keh..keh aku ni nak jawab malu ler, apa pun tima kasih laa sudi gak baca blog aku nih...tapi apa yang penting jangan lah jemu-jemu baca blog aku yek, cerita ada, tazkirah pun ada, resepi-resepi Jawa tengah dikumpulkan, nama-nama jawa pun aku tengah kumpulkan...walaupun aku ala-ala Mixx gitu tapi dek kerana sebelah bapak ku jawa+ atuk ku dari kendalsari maka aku selalu ketagih makan tempe, bergedel, iwak lele masak lemak kencur, dan paling best lempeng... eleh dah la tu harap badan je sasa ...tak yah la nak sorok muka..ni kalau jowopinter tau nih mesti die kutuk abis ni....

10/14/2008

BENGKEL PEMURNIAN KO-KURIKULUM (7 HINGGA 10 OKT. 2008)








Bengkel ini telah aku hadiri mewakili Jabatan untuk mencikgu murnikan silibus Ko-Kurikulum agar sesuai dengan kehendak semasa mengikut flow ISO. Bengkel kali ini di adakan di Kg. Gajah dengan mengikut Modul OBE (Out Come Base Education) yang akan di serahkan oleh kumpulan pada hari Jumaat 10/10/2008 al hamdulillah kumpulan aku selesai draf dan siap dibentang oleh ketua kumpulan yang Pakar Y.bhg. Us. Hj. Lufti Fauzi Sabari dan Us. Abdul Rahman Rani serta Ustaz Saaduddin mewakili Penyelaras Ko- Perak. cuma nak kongsi di sini betapa indahnya Pusat Latihan ini...tempatnya di Sg. Gallah Kg. Gajah Perak..sekali lihat macam Hotel Seri Malaysia la...eee hebat wooo..