10/20/2008

kenali sang semut (iktibar dari-Nya)


SEMUT merupakan serangga yang ada dikesahkan di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah An Naml yang merupakan surah ke-27 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri dari 93 ayat, Surah ini tergolong dari kumpulan surah-surah Makkiyyah . An Naml ataupun semut merupkan di antara serangga kecil yang merayap dipermukaan bumi. Semut juga dijadikan perumpamaan di dalam bahasa Melayu seperti “ada gula adalah semut”ataupun “mati semut kerana gula”. Semut walaupun haiwan kecil terkenal dengan sifat kerja gotong royong dan bekerjasama, upaya strategi ketenteraan, mantapnya jaringan komunikasi yang maju, makhluk yang agak cerdik, hidup penuh disiplin, dan perencana kota yang cukup unik lagi sempurna. Setiap koloni semut, tanpa kecuali, tunduk pada sistem kasta secara ketat. Sistem kasta ini terdiri atas tiga bahagian besar dalam koloni.Anggota kasta pertama adalah “Ratu” dan semut-semut jantan ”Raja”, yang memungkinkan koloni Semut berkembang biak. Anggota kasta kedua adalah “perajurit” atau Laskar yang berusaha membangun koloni ataupun menemukan lokasi baru untuk meneruskan kelangsungan riwayat hidup, manakala kasta yang ke tiga terdiri dari semut “pekerja” yang patuh dan taat melakukan kerja berat ataupun ringan. Hakikatnya kerajaan semut (Wadin Naml) telah wujud sekian lama. Ianya boleh dibuktikan di dalam Surah An-Naml pada ayat 18, diberitakan Raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke dalam sarang masing-masing, supaya jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya yang akan melewati tempat itu. Mendengar titah perintah Raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman a.s. tersenyum dan takjub atas betapa teratur dan tersusunnya kerajaan semut itu, walaupun kecil tetapi cukup mengkagumkan.

Tajuk ini telah saya tulis di Makalah Sotul Jumaat UiTM pada 24 Oktober 2008 bersamaan 24 Syawal 1429H

No comments: