11/02/2008

JANGAN TERLALU MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH


Bagaimana agaknya perasaan anda jika budi tidak dikenang? Atau pertolongan yang selama ini anda hulurkan itu di balas “tunai” dengan kejahatan? Sakit atau tidak hati anda?

Maka kalau jawapan yang anda berikan itu “Ya” maka itu sebahagian tanda-tanda hati yang belum benar-benar ikhlas, dengan ertikata lain hati yang anda “empunya” itu belum lagi sampai ke tahap melakukan sesuatu hanya kerana Allah.

Janganlah anda kesal bila madu yang dihulur dibalas denga tuba, jika kita mula memilikki hati yang sedemikian, ertinya kitalah antara orang yang paling bahagia di dunia, kerana buktinya jiwa kita bebas dan tidak terikat dengan karenah manusia. Tetapi persoalannya mengapa kita sukar melupakan budi baik yang kita buat kepada orang lain?

Jawapannya mudah sahaja, iaitu kita spesis yang memang suka orang mengenang budi baik kita itu, atau dengan kata lain kita berusaha untuk melaburkab budi dan kemudian berusaha mengaut keuntungannya kemudian hari.

Apapun sidang pembaca yang budiman, kebaikan yang kita hulur itu bukannya dari kita. Sebenarnya ia datang dari kuasa Allah Rabbul Jalil, kita ini hanyalah saluran bagi Allah menyampaikan nikmat-Nya, kepada manusia lain. Justeru itu kebaikan yang kita berikan itu hanyalah “pinjaman” daripada Allah, Nah…..kalau begitu mana boleh kita berbangga dengan budi yang kita hulur itu.

Sidang Pembaca yang Budiman.

Janganlah sekali-kali kita marah dan rasa kecewa yang amat sangat , kalau kebaikan kita tidak dibalas, dilupakan atau lebih malang lagi dibalas dengan “tuba”! yang kita perlu sedari ialah kita ini hanyalah melaksanakan amanah Allah SWT. Kepada sesama manusia.

Orang yang ikhlas itu akan sentiasa menabur budi tanpa mengharap balasan, sama ada dia dibalas dengan baik ataupun tidak itu tidak penting baginya, dia berbudi kerana melaksanakan dan menyempurnakan titah perintah Allah SWT. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW. “Manusia yang baik itu ialah dia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”

Inilah sikap dan sifat yang dipaktis oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW. Baginda melupakan kebaikan yang dibuatnya, malah lebih dari itu baginda sendiri melupakan kejahatan terhadapnya, bagi baginda hatinya telah terlebih dahulu diserahkan kepada Allah SWT.

Sidang Pembaca Yang Budiman

Memang fitrah manusia tidak suka dikecam sekalipun dia bersalah, apa lagi dikecam sedangkan dia berbuat baik, atas dasar fitrahnya sahaja manusia mampu berbuat baik selagi dia dibalas dengan baik, tetapi jika kebaikannya dibalas dengan jahat, ia akan marah. Namun bagi seseorang yang benar-benar berbuat baik kerana Allah dia dengan senang hati boleh menerimanya dengan tenag.

Inilah bezanya orang yang berbuat baik di dorong oleh Fitrah, dengan orang yang berbuat baik kerana Allah. Sebenarnya rasa fitrah sahaja tidak cukup untuk manusia mencapai kebahagiaan, keamanan dan ketenangan hidup yang hakiki, sebaliknya manusia itu amat –amat memerlukan Allah (Rabb) yakni tuhan yang menurunkan islam sebagai landasan aturan hidup manusia, justeru itulah Al-Quran dan As-Sunnah berfungsi sebagai pendorong dan pengaturcara fitrah manusia di dalam melaksanakan amal kebaikan.

Mereka yang membuat kebaikan kerana perintah Allah, tidak sekali-kali akan kecewa kalau budi yang ditabur tidak dikenang. Orang begini bahagia hidupnya, baginya kebahagian sebenar ialah dapat berbudi kerana Allah.

Kita jangan pula rasa resah gelisah ataupun takut. Di Dunia ini sangat ramai manusia yang tidak berterima kasih, jadi kalau kita kesana kemari kerana mengharapkan terima kasih itu, kita sebenarnya sedang dilanda problem kejiwaan, bukankah Allah SWT sendiri telah menegaskan nelalui firmannya;

“ Sangat sedikit dari hambaku yang bersyukur” (saba : 13)

Maka dengan demikian , kalau kepada Allah pun bilangan yang berterima kasih (bersyukur) hanya sedikit, sedangkan budinya begitu banyak tidak terhitung, apalah sangat hendak dikesalkan kalau budi kita tidak dikenang hanya budi yang sekelumit itu sahaja? Jika kita inginkan kebahagiaan, berhentilah dari mengingat apakah orang lain berterima kasih ataupun tidak kepada kita. Sebaliknya carilah kebahagiaan dengan “memberi” tanpa “mengharap” untuk menerima apa-apa.

Kalau ini berjaya kita lakukan nescaya kita lebih berbahagia daripada orang yang menerima pemberian kita.

Jadilah ibu yang berbahagia kerana dapat mengasuh anak-anak tanpa mengharap balasan, kerana kerja mengasuh bukannya budi tetapi amanah, jangan banyak memfitnah takut pula anak kita perangainya saling tak tumpah ibu yang mengandungkannya.

Jadilah warga pendidik yang gembira kerana dapat mendidik mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengharapkan balasan kerana mendidik itu adalah tanggungjawab.

Jadilah ketua yang memimpin pengikutnya tanpa mengharap sebarang balasan kerana kepimpinannya bukan jasa tetapi tugas.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama bayangkan betapa Allah banyak memberi kepada kita tanpa meminta balasan, namun hambanya ada yang taat dan ada yang berterusan derhaka tidak sedarkan diri, walhal kita sama-sama masih diizinkan bernaung di bawah rahmat-Nya jua. Mengapa kita tidak boleh bertolak ansur walau sesaaat pun?

RENCANA INI TELAH DITERBITKAN DI DALAM MAKALAH SOUTUL JUMAAT UiTM (HABIHA)

AKU NAK JADI TUAN TANAH...




Minggu ini aku pergi tengok tapak tanah kebun yang hendak dijual kepada aku dengan harga RM 150,000 lebih kurang 1 ekar ½ , setelah aku melalui Tol 60sen aku pun masuk ke jalan yang dimaksudkan, namanya jalan Hj. Hashim



Niat asal beli tanah ni ialah nak buat projek Tanaman Nangka Madu, tapi tak tahu lah jadi ke tidak bila melihatkan Rumah kat kiri kanan kebun yang nak dijual tu cantik-cantik macam Rumah yang aku selalu mimpikan sebelum ini, tapi bukan macam mimpi en. ME yang tengah menjejakki Ahmad samerin jutawan more jutaria tu…Ganaz sangat mimpinya…tak basuh kaki la…tue.. Mie ,Niat nak tanam nangka Madu tu takut-takut tak menjadi sebab maklumlah bila sembang-sembang dengan jiran sebelah tanah yang nak aku beli ni rupa-rupanya sebangsa yang berlayar dengan kapal Star Cruise….satu masa dulu apa lagi medang-medang dan ngelenteng lah aku…di rumahnya lalu diajaknya aku bermastautin sahaja di sini…tinggalkan sahaja hiruk pikuk kota..lagi pun tempat kerja aku tak jauh sangat katanya hanya 22 KM sahaja. Masjid pulak tengah di naiktaraf…ada Chance katanya kalau aku nak jadi Nazir Mesjid…"engko sek lah wak" kataku …maka betapa kehangatan layanan dan kemesraan bangsa Jawa aku rasakan lagi hari ini…betullah Jawa memang Best…