9/15/2008

MUSIM MEMBELI SONGKOK.....



Sedikit sejarah/ sirah tentang songkok....
SONGKOK merupakan sejenis penutup kepala tradisional bagi lelaki Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelengkap ketika memakai baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Hakikatnya Songkok ini begitu popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura,Kepulauan Mindanao Filipina, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok dikatakan berasal daripada Indonesia. kebanyakan songkok dihasilkan dalam warna hitam diperbuat dari baldu, dan adakalanya dililit renda sebagai perhiasan yang diperbuat dengan kain songket. Kadangkala ditebuk 4 lubang dipermukaan atas songkok agar aliran udara dikepala menjadikan pemakainya selesa. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.Songkok dipakai oleh orang Islam bila tiba perayaan besar seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha dan juga dipakai bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau mengahadap Sultan atau Raja di Balairungseri. Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri Upacara hari kebesaran Islam. Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis pada upacara-upacara tertentu. Penyelidikan & suntingan:(HABIHA)

9/14/2008

NUZUL QURAN "makna dan kehebatan"

NUZUL QURAN disambut di sesetengah Negeri di Malaysia dengan Cuti Umum. Nuzul Quran yang bermaksud ”Turunnya Al-Quran” merupakan peristiwa yang amat masyhur di kalangan Umat Islam. Turunnya al-Quran pada malam Jumaat 17 Ramadhan, di mana ketika itu Nabi Muhammad SAW. Berumur 41 Tahun. Ulamak bahasa mentafsirkan perkataan Nuzul itu bermaksud Turun, ertinya nuzul itu sifatnya yang turun dari atas ke bawah (atas) ialah dari Luh Mahfuz Melalui Malaikat Jibril yang pertama berlaku di Gua Hira’. Manakala Quran itu bermaksud Kalam Allah yang diturunkan ke atas junjungan nabi Muhamad SAW. dengan perantaraan Jibril A.s. dan menjadi Ibadah jika membacanya. Ini bermakna Al-Quran itu adalah wahyu ilahi dan kitab samawi (turunnya dari langit) yang terakhir, paling hebat, unggul dan sempurna berbanding dengan kitab-kitab yang sebelumnya. Imam Bukhari meriwayatkan: ”Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” Imam At-Tirmizi juga meriwayatkan ”Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, memperoleh satu kebajikan dan satu kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh yang seumpamanya. Al-Quran bukan sahaja sejilid kitab, akan tetapi merupakan petunjuk (hidayah) memberikan Syifa’ (penyembuh penyakit) oleh itu di bulan Ramadhan ini marilah kita bertadarus hingga khatam Quran 30 juzu’ rugilah mereka yang bernama muslim jika tidak pernah sekalipun khatam Al-Quran apatahlagi tidak mahu menatap kitab suci itu. Penyelidikan & suntingan: (HABIHA)