10/15/2008

ADA YANG TANYA AKU LEWAT E-MAIL


Terima kasih la..U All semua sebok tanya aku ni saper sebab tak nampak muka, Ustaz ke? Cikgu Ke? Peramugara Ke? Body Builder ke? ...keh..keh..keh aku ni nak jawab malu ler, apa pun tima kasih laa sudi gak baca blog aku nih...tapi apa yang penting jangan lah jemu-jemu baca blog aku yek, cerita ada, tazkirah pun ada, resepi-resepi Jawa tengah dikumpulkan, nama-nama jawa pun aku tengah kumpulkan...walaupun aku ala-ala Mixx gitu tapi dek kerana sebelah bapak ku jawa+ atuk ku dari kendalsari maka aku selalu ketagih makan tempe, bergedel, iwak lele masak lemak kencur, dan paling best lempeng... eleh dah la tu harap badan je sasa ...tak yah la nak sorok muka..ni kalau jowopinter tau nih mesti die kutuk abis ni....

10/14/2008

BENGKEL PEMURNIAN KO-KURIKULUM (7 HINGGA 10 OKT. 2008)








Bengkel ini telah aku hadiri mewakili Jabatan untuk mencikgu murnikan silibus Ko-Kurikulum agar sesuai dengan kehendak semasa mengikut flow ISO. Bengkel kali ini di adakan di Kg. Gajah dengan mengikut Modul OBE (Out Come Base Education) yang akan di serahkan oleh kumpulan pada hari Jumaat 10/10/2008 al hamdulillah kumpulan aku selesai draf dan siap dibentang oleh ketua kumpulan yang Pakar Y.bhg. Us. Hj. Lufti Fauzi Sabari dan Us. Abdul Rahman Rani serta Ustaz Saaduddin mewakili Penyelaras Ko- Perak. cuma nak kongsi di sini betapa indahnya Pusat Latihan ini...tempatnya di Sg. Gallah Kg. Gajah Perak..sekali lihat macam Hotel Seri Malaysia la...eee hebat wooo..

10/13/2008

Biji Getah

POKOK GETAH NGAREP PEJABATKU

BIJI GETAH
Aku dulu pernah menoreh getah membantu emak mencari duit untuk menyara kami adik beradik belajar hingga sampai ke menara gading, banyak nostalgia bila berada di kebun getah, malah belakang pejabat ku sekarang pun ada pokok getah tua yang masih kuat tegak berdiri...bila ku tenung dan toleh ke arahnya ia seakan-akan mengucapkan syabas kepada ku kerana telah berjaya hingga sekarang... kekadang terasa pokok getah menyapa tak main lawan bijik getah lagi keee..Terima Kasih Emak dan Terima Kasih Pokok Getah yang telah mendewasakan ku betapa susah payah emak kini aku yang merasa senangnya...anak-anak ku tak merasa semua itu... kau orang ada rasa tak macam aku rasa? cuba sebutkan ada tak di sekeliling kau orang yang tak de barang diperbuat dari getah?...tempat aku menoreh tu dipunyai oleh orang Inggeris, dia suka sangat tengok orang macam aku ni naik basikal terkial-kial kemudian berbaju comot berbau getah beku tabik sambil mengucapkan "Peace Tuan" selalunya dia naik kereta Jip dan ada 2 ekor anjing besar di belakangnya... aku selalu mengutuk mat saleh tu sambil berazam untuk merubah hidup....sekarang al-hamdulillah aku dah naik Inovva... cuma risau tang budak-budak sekarang tak merasa susah macam aku rasa... ehh nak tanya lagik kau orang ada rasa tak macam aku rasa??

FOKUS MINGGU INI " CIPTA MASA"


CIPTA MASA
PENA: HABIHA

Di ruangan fokus minggu ini marilah kita sama-sama meneliti dan mengambil iktibar melalui Firman Allah SWT. Di dalam Surah Al-Ashr ayat 1-3 mafhumnya:

“Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh.Serta saling berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar”

Allah SWT telah memulakan Surah Al Asr tersebut dengan sumpah masa yang mesti diingat-ingat selalu oleh umat manusia yang mengaku beriman dengan-Nya. Lalu jika kita berpeluang pula meneliti dan mengkajinya secara lebih mendalam lagi di dalam tafsiran ulamak mufassirin yang muktabar itu sudah tentu kita akan menemui kesimpulan awal bahawa betapa berharganya masa “ciptaan” Allah SWT itu yang merupakan modal yang tidak ternilai harganya buat manusia. Lantas Allah mengizinkan pula kita mencipta masa kita sendiri dengan mentadbirnya sendiri , menguruskannya sendiri, mengawalnya sendiri dan mengawasinya sendiri.

Tidak kira dari mana asal usul seseorang itu, berapa tinggi melangitpun kedudukan, pangkat atau jawatannya mahupun pekerjaannya sekalipun, namun “modal masa”24 Jam yang dikurniakan oleh Allah SWT tetap sama rata, tiada had bandingannya antara sesama makhluk. Maka dalam jangka masa 24 Jam itulah kita dituntut untuk mencipta masa sendiri, sama ada mahukan laba, keuntungan, ataupun rela menanggung kerugian, atau dengan erti kata lain, pelbagai perkara suka duka, adalah dari perencanaan kita sendiri.

HATI-HATI CIPTA MASA

Perlu diingat. Di dalam memenuhi keinginan dan kesungguhan mencipta masa sendiri, sikap berhati-hati merupakan tunjang utama sebagai “bench mark” atau pun alat yang berupaya untuk menangkis sebarang penciptan masa yang membazir ataupun lebih kepada mengkhianati amanah Allah SWT. Sikap berhati-hati itu merupakan kunci kejayaan. Masa kurniaan Allah itu merupakan amanah yang patut dijaga kerana mengkhianati masa beerti mengingkari amanah Allah sedangkan Allah mengingatkan:
“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat” [ Al-Hajj : 38]




Perumpamaan masa oleh masyarakat Melayu disama ertikan dengan emas (Masa itu umpama emas) menunjukkan betapa masa itu berharga sekali, manakala pepatah Arab pula menyatakan “Masa itu umpama pedang yang memotong, jika kita tidak memotongnya kita akan dipotong” . Tentunya kedua-dua peribahasa ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Jika anda sebagai pembaca tentu memahami kehendak dari maksud peribahasa tersebut, tidak perlu saya hurai dengan panjang lebar kerana secara tradisinya dari sekolah pondok, Tadika, sekolah Rendah, Menengah hatta Universiti kita sudah terdedah dengannya awal-awal lagi.

Ramai yang menyalahkan kepada masa, tidak cukup masa katanya, ataupun masa panjang sangat, ataupun masa terlalu ringkas. Tidak ramai juga yang sanggup menjadikan masa teman akrab, ketahuilah bahawa jika kita cipta masa dengan modal 24 Jam yang diperuntukkan itu dengan hati-hati, cekap, hemat dan hikmah sesungguhnya kita akan mendapat manfaat yang besar.

Marilah kita sama-sama mengamalkan intipati pengajaran Surah Al-Ashr itu , biarpun selanjutmana masa dan waktu itu berlalu dari zaman ke zaman dan sejauh mana garis kelangsungan hidup manusia itu dilakarkan, namun harapan kita sebagai umat yang kerdil ini tetap satu, iaitu semoga masa kini dan selamanya kita dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Rencana ini saya tulis di dalam Soutul Jumaat UiTM Bil 118(42/2008)

[ FOKUS MINI] FADHILAT HARI JUMAAT ( 24 OKT 2008)

Hari Jumaat mempunyai kelebihan (Fadhilat) dan keistemewaan, dinamakan PENGHULU SEGALA HARI.Sabda Rasulullah SAW. “Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. Hari Jumaat juga di gelar YAUMUL MAZID iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah mengurniakan limpahan rahmatnya yang begitu banyak untuk direbut oleh Manusia yang mengaku beriman kepadaNya.Antara amalan pada hari Jumaat ialah: 1. Membaca Al-Quran seperti Surah Sajjadah dan al-Mulk, 2. Banyakkan Zikir di Waktu pagi, 3. Banyakkan Selawat Ke atas junjungan Rasulullah SAW. 4.Sujud Syukur Kepada Allah. PENYELIDIKAN & SUNTINGAN (HABIHA)

CERITA AKU DI SERI ISKANDAR (PERAK) MENJEJAKKI TEMPAT LAMA ... SAYU SEKALI





Pada 9/10/2008 aku menjejakkan kaki ku semula ke Sri Iskandar setelah dihantar oleh kompeni balik semula ke Induk..maknanya dah 9 tahun aku tak jejak kan kaki ke situ setelah ke Induk...wah pesat pembangunannya Sri Iskandar..dulu lombong aje sana sini..sekarang dah penuh dengan rumah...Rumah Semi D ditawarkan hanya lebih kurang RM 160.000 Je..Rezeki lu orang la...jaga la elok-elok Kompeni kita tu yek..untuk Ustaz Saaduddin (Tuan Penyelaras 20%) TQ kerana sudi jadi Pemandu Pelancong pada hari itu..walaupun naik Kancil je terasa mcm naik Ferarri...best..bravo..syukran..untuk kawan2 lama Encik HM mat Bujang Tahniah khabarnya dah jadi Chef kat tempat makan-makan kita bersama2 8tahun dulu...To YM Raja Ibrahim, Hibatur Rahman, Fauzi Jais, tak sempat laa nak kontek U all..Jadual ketat sangat ari tuuu...

BARAAN NANG SIMPANG LIMO ....Jadi kenangan sepanjang hayat masuk ni dah tahun yang ke 15 aku sertai Baraan..Njalok Nagpuro seng okeh2 seng lopot..
























Baraan means;berarak-arakkan sekampung tua,muda,budak2 ziarah rumah ke rumah sempena 2 Syawal, menurut sidang kampung (nom-nom wes jadi pak lurah..jenenge Rasyid) Baraan ini bermula semenjak Embah-embah, yai dan Nyai mendarat ke kampung ini....wajib semua ikut kalau tak ikut tak naik ke rumah...jadi le kere sumbang...selepas makan+minum+merapu..selawat...ni tuan rumah ni nak kene reman kot...mana dia dapat mercun nih???kompius la raya Syawal ke kongsi Fat Chai??? itu lah meriahnya raya nang Simpang Limo...mula jam 8.00pgi. abis tamat jam 5.00ptg