9/11/2008

ISTIMEWANYA TAMAR DI BULAN RAMADHAN...

GLOSARI SIRAH (1) TAMAR
Tamar atau kadangkala dipanggil buah kurma di dalam bahasa arab dipanggil Tamar atau Rutob (tamar mengkal yang baru dipetik). Ia kerap dimakan sepanjang bulan Ramadan kerana disunatkan berbuka dengannya (tiga biji kurma) sebagaimana Hadith menyebutkan: Dari Salman ibn'Aamir,Sesungguhnya Rasulullah(SAW)bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air karena air itu bersih dan suci. (Abu Daud dan At-Tirmidzi). Ketibaan bulan Ramadan seakan-akan kurang kemeriahannya tanpa hidangan buah kurma atau tamar sebagai juadah berbuka. Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncang pohon tamar di tempat dia melahirkan Nabi Isa (A.S.), lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam Itulah sejarah pertama tamar dikenali. Pada bulan Februari, biasanya pohon tamar jantan dan betina berbunga setahun sekali. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Bulan Julai pula adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos untuk dituai. Tamar Nabi dipanggil (Al-Ajwah). Ia adalah sejenis tamar kota Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar warnyanya agak hitam, merupakan tanaman junjungan Nabi Muhammad (SAW) Baginda lazim berbuka puasa dengan beberapa rutob Hadith ada menceritakan Dari Anas (RA), sesungguhnya Nabi (SAW) berbuka puasa dengan beberapa Rutob ( sejenis tamar yang mengkal tetapi segar yang baru dipetik dari pohonnya) sebelum shalat, kalau tidak ada rutob, maka dengan beberapa kurma yang ranum, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (Abu Daud dan At-Tirmidzi).: Penyelidikan & suntingan : (HABIHA)

FOKUS MINI RAMADHAN (1429H)

SOLAT WITIR PENUTUP TERAWIKH?
SOLAT WITIR adalah solat yang dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil. Paling kurang 1 rakaat paling banyak 11 rakaat. Biasanya dikerjakan selepas solat Tarawikh sebagai penutup solat malam. Solat ini boleh dikerjakan pada setiap malam dalam semua bulan, bermakna ia tidak terbatas di bulan Ramadhan sahaja. Dengan ertikata lain jika kita berniat hendak bangun malam mengerjakan solat sunat Tahajjud,Hajat dan solat Sunat Tasbih, maka solat sunat witir ini bolehlah ditangguhkan dan dilaksanakan yang terakhir sekali setelah selesai semua solat-solat sunat tersebut. Lantaran itulah witir dikenali sebagai penutup solat sunat malam. Justeru itu marilah kita penuhi malam-malam Ramadhan pada tahun ini denga memperbanyakkan solat-solat sunat.
Penyelidikan & Suntingan : (HABIHA)


(2) FITRAH

ZAKAT FITRAH RAMADHAN Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat puasa di bulan Ramadan. Oleh kerana Tempoh melaksanakan Fitrah itu adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri maka ia digelar Zakat fitrah . Tujuannya adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa setelah melanggar adab, etika dan melakukan perbuatan keji dan buruk ketika di bulan Ramadhan.Di samping itu Zakat Fitrah juga adalah merupakan sumber kepada keperluan Asnaf yang telah ditentukan. KADAR FITRAH Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya Di Malaysia ia disempurnakan melalui bayaran yang telah ditetapkan oleh Pemerintah negeri Masing-masing SYARAT-SYARATNYA (1) Islam (2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.(3)Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.INGATAN (1) Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. (2) Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah. WAKTUNYA: Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya. Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan. Makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Penyelidikan & Suntingan : (HABIHA)

FOKUS MINI


FOKUS MINI

SOLAT WITIR adalah solat yang dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil. Paling kurang 1 rakaat paling banyak 11 rakaat. Biasanya dikerjakan selepas solat Tarawikh sebagai penutup solat malam. Solat ini boleh dikerjakan pada setiap malam dalam semua bulan, bermakna ia tidak terbatas di bulan Ramadhan sahaja. Dengan ertikata lain jika kita berniat hendak bangun malam mengerjakan solat sunat Tahajjud,Hajat dan solat Sunat Tasbih, maka solat sunat witir ini bolehlah ditangguhkan dan dilaksanakan yang terakhir sekali setelah selesai semua solat-solat sunat tersebut. Lantaran itulah witir dikenali sebagai penutup solat sunat malam. Justeru itu marilah kita penuhi malam-malam Ramadhan pada tahun ini denga memperbanyakkan solat-solat sunat.

Penyelidikan & Suntingan :(HABIHA)

GLOSARI SIRAH

ZAKAT FITRAH RAMADHAN Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat puasa di bulan Ramadan. Oleh kerana Tempoh melaksanakan Fitrah itu adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri maka ia digelar Zakat fitrah . Tujuannya adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa setelah melanggar adab, etika dan melakukan perbuatan keji dan buruk ketika di bulan Ramadhan.Di samping itu Zakat Fitrah juga adalah merupakan sumber kepada keperluan Asnaf yang telah ditentukan. KADAR FITRAH Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya Di Malaysia ia disempurnakan melalui bayaran yang telah ditetapkan oleh Pemerintah negeri Masing-masing SYARAT-SYARATNYA (1) Islam (2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.(3)Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.INGATAN (1) Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. (2) Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah. WAKTUNYA: Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya. Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan. Makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kali pertama

Kali pertama aku menulis di dalam blog ini macam-macam rasa ada takut, pelik, lucu, gementar dan macam-macam lagi, sahabat AnwarUiTM pula duduk disebelah tolong ajarkan..akibat tidak tahan desakan dan mendengar kalimat-kalimat "memuji dan membodek" akhirnya ku dahulukan blog ini atas tema Mutiara Hikmah....selamat berkunjung ke blog aku http://www.habiha69.blogspot.com secara rasmi aku lancarkan blog aku ini.