1/28/2009

Ringkasan Khutbah Jumaat (23/1/2009)

Sedutan Khutbah Jumaat

"AMAL JARIAH MENGEMBIRAKAN UMAT ISLAM GAZA"


1. Umat Islam diseluruh dunia adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan.

2. Apabila umat Islam di negara atau kawasan tertentu ditimpa malapetaka atau dizalimi, maka Umat Islam lain perlu membantu meringankan penderitaan.

3. Bantuan yang diberikan ini merupakan tali ikatan akidah Islamiah.

4. Budaya persaudaraan yang berasaskan akidah ini telah berjaya menegakkan negara Islam Madinah.

5. Persaudaraan di kalangan Ansar dan Muhajirin yang ditindas, hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin manakala mereka yang mempunyai dua bidang tanah, diwaqafkan sebidang kepada Muhajirin.

6. Sumbangan Saidina Abu Bakar yang telah mendermakan seluruh hartanya untuk Islam dan ummah yang tiada tolok bandingnya sehingga dikhabarkan tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk keluarganya, melainkan Allah dan Rasul-Nya sahaja.

7. Demikianlah Saudara kita di Palestin benar-benar memerlukan pembelaan. Mereka kehilangan keluarga, rumahtangga, kemusnahan hartabenda, sekolah dan hospital. Semenanjung Gaza kini memerlukan berbilion ringgit untuk dibangunkan semula.

8. Mimbar ini amat berharap Sebagai warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai taraf hidup bersegera membela saudara kita di Palestin, sama ada melalui protes, bantahan, derma atau bantuan sukarelawan.

9. Di dalam surah al-Baqarah ayat 261 dan surah Ali Imran ayat 180, Allah SWT akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang menderma kepada saudaranya yang susah dan akan mendapat siksaan kepada mereka yang bakhil lagi kedekut .

10. Sebagai Kesimpulannya amal jariah ini akan menjadi tanda keimanan seseorang, merapatkan tali persaudaraan,menggembirakan ummah, menghapuskan dosa, menambahkan rezeki; dan mewarisi amalan para Rasul, Nabi dan orang-orang soleh.

(23 JAN 2009)

P/S Khutbah ini dibaca oleh Khatib-Khatib di sekitar Masjid-Masjid Kuala Lumpur dan Sebahagian Masjid di Selangor Kalau terlupa apa khutbah minggu lepas boleh lah rujuk di sini.

15 comments:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

Moga kita sama sama membantu....
Yang penting apa yang didermakan itew sampai ketangan yang memerlukan.....

HABIHA69 said...

Betul..betul..saya sokong kenyataan Dilla itu..TQ.

Yunus Badawi said...

Kadang2 timbul jugak rasa cuak takut2 apa yg kita sumbangkan tak sampai kpd yg memerlukan. Tapi adakan daya kita tak mampu ke sana. Harap derma kita yg tak seberapa itu akan dapat membantu mereka yg betul2 memerlukannya.

Abang Long said...

Kalau umat Islam sedunia membantu. InsyaAllah, Allah akan mencukupkan keperluan itu.

HABIHA69 said...

Terima Kasih Abang YB dan Abang long kerana sudi bagi ulasan

Abang YB..harap-harapnya begitulah, kita titipkan doa kita mengiringi bantuan yang dihulur..insyaallah selamat sampailah hendaknya.

Abang Long...moga-moga harapan abang long itu menjadi doa yang makbul..agar cukuplah keperluan mereka itu nanti.

en_me said...

salam kang ustad tewww.. me no majuk majuk one uoolsss.. ehehe

HABIHA69 said...

Walaikum salam Kang ME
..cam tulah tak majuk...Kang ME memang "Jempol" ...u're my bes blogger forever...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kang ustaz.

Begitulah kang ustaz. Kalau tak mampu menderma banyak, sedikit pun alhamdulillah, asalkan ikhlas. Kalau tak mampu menderma dengan harta, sedekahkanlah dengan doa.

Sudah beberapa minggu saya bersolat jumaat di luar Lembah Klang kang.... :)

HABIHA69 said...

Betul tu kang JP...

kang JP..Blogs jowopinter tu sunyilah tak mcm. dulu-dulu kenapa eek?
kang JP kat mana sekarang nie? mcm...jauuuuh jer bunyik nye...

Miss Jaz said...

salam mr.habiha...sejuk skit baca tg ringkasan khutbah jumaat nie...jue suka baca ttg apa2 juga tazkirah atau yg bleh wat jue insaf dan jugak berfikir ttg kewujudan jue didunia ini..tu suka baca tazkirah mr.habiha...sentiasa buat jue terfikir,berfikir dan juga memikir ....terima kasih..

Atikah said...

Salam Ustaz...

Beruntungnya lelaki... setiap jumaat dpt dengar khutbah... peringatan diri dan pengisian jiwa...

Sama2 kita membantu saudara kita di Palestin... semoga dengan bantuan kita dapat memberi sedikit sinar pada mereka...

HABIHA69 said...

Salam Cikgu Ju
..... Insyaallah saya akan teruskan lagi tazkirah yg. mcm ini...terima kasih kerana sudi membaca dan singgah di En3 saya.
.
.
.
Salam Atikah
mmg. beruntung dapat dengar khutbah kan....kan.., tpi saya lagi risau "dengar khutbah" tpi tak faham apa yang khatib tu khutbahkan..

Tepi Sungai Batu said...

Bantulah saudara kita yang memerlukan......
Tq Ustaz kerana mengingatkan......

arsaili said...

salam..moga saudara kita disana sentiasa dilindungi ALLAH

cikceriacorner said...

moga saudara kita di sana dan kita di sini dilindungi Allah..amin...