1/24/2010

Balik Asal...

Bila Susah atau senang , balik lah ke jalan asal Ingatilah ALLAH selalu.....

Antara sifat yang wajib bagi menyuburkan iman bagi seseorang mukmin ialah selalu mengingati Allah. Kitab Suci Al-Quran menyifatkan orang yang lupakan Allah termasuk golongan orang yang fasik sebagaimana firmannNya:

“Janganlah kamu menjadi orang yang melupakan perintah Allah lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan mereka) maka merekalah orang-orang yang fasik.”
(Surah al-hasyr:19)

Di dalam ayat yang lain Allah turut menitahkan supaya manusia mengingatiNya sebagaimana mafhum firmannya:

“Wahai orang yang mengaku beriman! Hendaklah kamu mengingati Allah dengan ingatan yang banyak”
(Surah al-Ahzab :41)

Adapun mengingati Allah bagi pendapat ulama silam adalah asas bagi segala kebaikan dan kebajikan, sebaliknya pula lupa kepadaNya adalah punca bagi segala kejahatan dan keburukan. Jika diteliti dan dianalisa antara sebab-sebab seseorang itu melupai Allah SWT ialah berlebihan kasih dan cenderung manusia terhadap nikmat-nikmat dunia serta leka yang berlebihan dengan perkara-perkara yang boleh memuaskan hawa nafsunya. Sikap seumpama itu mengikut ahli tasawuf memberi kesan yang amat buruk yang pada akhirnya akan merosakkan jiwa, apatah lagi nikmat kehidupan di dunia ini sudah menjadi matlamat dan fokus arah tuju.


Sikap berlebihan terhadap nikmat dunia ini kadangkala akan mencipta ketakutan kepada manusia dengan menimbulkan rasa bimbang yang teramat sangat terhadap apa yang bakal berlaku di masa hadapan, khususnya dari segi kewangan, kesihatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Oleh sebab itulah Allah memberi amaran keras supaya kita jangan menenggelamkan diri ke dalam arus kelazatan nikmat-nikmat dunia yang hakikatnya boleh melupakan kita kepada Allah SWT sebagaimana mafhum firmannya:

“Ingatilah kepadaKu nescaya Aku mengingati kamu sekelian”
(Surah al-Baqarah :152)

Ayat di atas menggesa kita bukan bermakna mengingati Allah itu hanya sekadar menyebut namaNya sahaja, tetapi hendaklah lebih dari itu dengan menumpahkan taat setia dan kepatuhan serta ketundukan terhadap segala perintahNya. Sikap dan sifat kita yang terlalu mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling, terutamanya dengan rakan-rakan yang suka membawa ke kancah kehancuran kadangkala menjadikan kita alpa bahawa kita semakin jauh dengan perintah dan amaran Allah SWT. Oleh itu berhati-hatilah dengan jenis manusia yang hanya tahu hidup bersenang lenang tanpa mengingati hari matinya nanti.

Islam memang menyuruh kita bekerja keras, berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki dalam apa yang ada di muka bumi ini. Tujuan bekerja ini ialah untuk memakmurkan dunia dan meninggikan taraf hidup sebagai kaum muslimin dan mukminin yang sebenar. Tetapi di dalam usaha dan pembongkaran mencari kekayaan tersebut janganlah sampai terputus pula hubungan dengan Allah SWT dan lupa kepadaNya walau di mana pun kita berada.

Mengingati Allah hendaklah dengan perasaan ikhlas, jujur, murni dan dengan rasa yang Allah itu sentiasa bersama kita walau di mana kita berada sebagaimana firmanNya:

“Dan Dialah (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu berada”
(Surah al-Hadid :4)

Keistimewaan bagi setiap muslim yang sentiasa mengingati Allah maka dia tidak akan melakukan maksiat. Di samping ia sentiasa menjaga dirinya dari melakukan tentangan terhadap ajaran al-Quran dan al-Hadith, jika ia terlanjur sedikitpun ia akan segera insaf lantas kembali kepada Allah dengan beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dengan sesungguhnya. Firman Allah yang bermaksud:

“Banyakkanlah beristighfar dan pohonlah keampunan kepadanya sesungguhnya Dia Maha Pengampun”
(Surah Nuh:10)

Oleh itu marilah sama-sama kita memperbaiki diri ini agar sentiasa sejajar dengan perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, moga-moga kita sentiasa selalu mengingati Allah dalam setiap saat dan waktu.

Wallahua’lam.

13 comments:

Atikah said...

Salam ustaz...

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang... Semoga saya tidak termsuk dlm golongan yang lupakan Allah... Aminnn

sudah lama tak membaca tulisan ustaz... apa khabar ustaz? lama menghilang... ke mana ustaz?

HABIHA69 said...

walaikum salam Atikah...harap2 kita semua gitu jugak lah......bukan menghilang cuma cuti yang tak cuti (sabatikal)...nih dah selesai sikit...tgh cuci rumah yang bersawang banyak nih....TQ ziarah saya

Yunus Badawi said...

Salam ustaz.

Lama tak bersua. Harap ustaz sihat dan dilindungiNya.

Terima kasih kerana mengingatkan kami supaya ingat Allah. Kadang2 bila dah sibuk dgn urusan dunia, tak ingat pula kpd Pencipta kita huhuhu

muor76 said...

salam... lame tak nampak gi mane?
bertape ke? :)

PINATBATE said...

Salam ziarah..apa khabar ustaz..?

seri said...

Salam Ustaz, dari pagi nak komen tapi Internet very derr slow..

Alhamdulillah akhirnya tulisan ustaz kembali jadi santapan... ingatkan merajuk.. :)

HABIHA69 said...

Terima Kasih semua kerana ziarah saya..

Abang YB :) sama2 lah kita ingat mengingati kan...

Abang Muor :} hu..hu...bertapa? tak de lar bang cuma tgh sabatikal (cuti yang tak cuti)

Cikgu PinatB :) Waras cikgu...dan selamat ulang tahun utk cikgu juga...teringin nak rasa Jus Sunnah tu...

Seri:] TQ ziarah saya...tak lar merajuk...kalau merajuk tak senonoh pulak rasanya kan..bila Seri nak puasa sunat?

P/s saya mmg. rindu kat U all semua

dilaOHdila said...

ustadddddddddddddd)))
walah walah kabarey riko
wes suwi orak eroh Yo.....

tunbegia said...

apa kabar ustaz

salamm,

Pak Man laksam said...

Ustaz,
Alhamdulillah.....sudah kembali menulis.Harap-harap tak ada cuti lagi selepas ini.

HABIHA69 said...

Jazakallah Khairan Kathira kepada

1. Dilla :) aku waras wae, mangan pun enak wae....TQ ziarah...nang kene.

2. Tun Begia...Salam juga untuk Tun..TQ sudi singgah sini

3. Pak Man...harap2 gitulah, tpi kita manusia hanya mampu merancang selebihnya terserah padaNya...kan

Pok Li said...

Semoga tulisan tuan menjadi santapan rohani. Selamat kembali menulis :)

HABIHA69 said...

insyaallah...Pokli.