11/18/2008

BERSEDEQAH SELIPAR DI WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN?



Tajuknya agal lucu juga kan? Tapi inilah di antara tips untuk mendidik Jiwa bersedeqah yang akhirnya akan menguntungkan kita, anak-anak ataupun sesiapa sahaja yang mengaku beriman kepda Allah SWT. Jadi minggu ini Entri Blogs saya ialah tentang Sedeqah Selipar.

Amalan bersedeqah merupakan amalan yang terpuji dan di antara amalan yang akan di anugerahkan kunci untuk memasuki syurga Allah SWT. di akhirat kelak.

Bulan ini ramai Ibu bapa, anak-anak atau kita sendiri akan mengambil cuti. Ada yang balik bercuti ke Utara, Ke Selatan atau ke Pantai Timur .

Sebelum anda Travel dengan seronoknya bersama Famili, saya syorkan anda singgah sekejap di kedai dengan membeli selipar yang harganya tidak sampaipun RM2.00 Kalau anak Empat belilah empat pasang jumlahnya cuma RM 8.00 tidak sampai pun sepuluh ringgit.

Ketika anda dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda Cuma perlu pilih sahaja mana-mana masjid yang anda berhajat untuk singgah dan sekaligus bersedeqah selipar di masjid-masjid berkenaan. Sambil itu anda lihatlah selipar yang ada…sungguh dhaif sekali kan?…ada yang kanan warna biru yang kiri warna merah…diikat tali raffia pun ada juga…Bukan apa Sedeqah kita itu semata-mata untuk manfaat kegunaan jemaah mengambil Wudhuk….atau ke tandas .Fadhilat atau kelebihannya anda fikirlah sendiri…. Saya hanya mampu menyebut demikian: “Selagi sedeqah anak adam itu digunakan untuk tujuan ibadah selagi itulah ganjarannya dicatit oleh Allah SWT”… Kesimpulannya Sambil bercuti dapatlah kita mendidik diri dan anak-anak untuk “taqarrub” (mendekatkan diri) dengan Rabbul Jalil…. Sekali lagi saya nak kata anda fikirlah sendiri….

14 comments:

en_me said...

teringat me hilang kasut leather kat surau puduraya.. sampai sekang fobia beb.. sibaik ada selipar jepun spare lain sebelah lain sebelah gittewww..

HABIHA69 said...

dah pulangkan ke belum selipar ittew? macam mana agaknya ngango selipar sebelah lain? wong podo ngomong kue opo yo?

Shah CJ said...

kalau aku gi mesjid waktu jumaat, aku selalu pakai selipar paling buruk. kalau yg baru dn cantik mmg risiko tinggi leee.. hehe

susah kan nk didik hati mau sedekah.. huhu

- cikgu jawe

HABIHA69 said...

hi..hi..cikgu jangan balik buat-buat lupa selipar buruk tu udah leee...jiwa kacaw Nanti..Terimas sudi juga Ustaz + cikgu singgah sini..Nanti singgah lar lagiks.."sedeqah Comments" lagiks yee..

Pok Li said...

Teringat berjalan atas tar yang panas ketika hilang selipar selepas solat Jumaat :(

HABIHA69 said...

Kalau cam gitu nak kata ape Eek...ikhlas ke atau...Gerrrrams?...ada tak rasa sujud atas tar ari jumaat..sbb. luper bawak sejadah? huhu..hu..saya pernah rase..siksaanya..TQ Pok Li sedeqahkan Comments ari nih..sok dtg lagi Eeek..

anwarjauhari said...

kalau sedekah RAK SELIPAR macam mana???

HABIHA69 said...

Ewah..ewah..cikgu..kalau mampu aper salahnyer..terussskan larr..

Tepi Sungai Batu said...

Ustaz,
Ceramah mini ini begitu menusuk ke kalbu Pak Man. Sebelum ini Pak Man marah (dalam hati)kepada AJK masjid kalau Pak Man singgah sesebuah masjid tu, seliparnya teruk. Pak merungut, apa yang mereka buat selipar jepun pun tak berganti. Mana pergi wakil rakyat?, macam-macam lagi Pak Man merungut.
Rupa-rupanya Pak Man yang patut sedekah. Habis cerita. Dosa merungut tak dapat , malah pahala bersedekah pula dapat.
Terima kasih lah ustaz.

HABIHA69 said...

sama-sama lah kiter beringat-ingat kan!! Syukurlah kita masih berselipar lagi...

sincerely yours.. said...

Salam, terima kasih kerana singgah di blog saya. Saya berpendapat, selipar yang lain warna tu sebagai satu strategi masjid/ surau supaya jeaah malu nak bawa pulang sbg kenangan. Satu idea yang baik. Insyaallah. Tp sy lebih suka masuk tabung dan minta anak kecil sekali yang masukkan. Alhamdullillahn amalan ni masih dipakai. Salam perguruan.p/s maaf saya bukan jawa.

HABIHA69 said...

Bisikan Hati Terima kasih sudi menjenguk, membaca dan mengulas...betul tu saya setuju ttg anak-anak di galak bersedeqah duit..errr..Tak kisahlah yang penting ada jiwa sedeqah untuk membangun Iman..tang strategi tu..nantilah saya periksa ngan AJK Masjid...kot-kot dia orang ada masukkan strategi beli selipar mesti warna lain-lain dlm minit mesyuarat..kalau tak de saya akan cadang kan..hik..hik..jgn serik ye dtg mengaji lagi Nnti..Salammm

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam Ustaz....kabarey
Mogo diparingi selamet dunio akhirat...
Ustaz...
aku pengen arek sedekah selipar jugak lah....
** Sogeh oponey toh ustaz
nek duitey wes entek baru meneng (hehehe)

HABIHA69 said...

dilla kuelah siji-siji ney jowo seng sogeh...amin..amin (nih doa ikhlas nih) moga-moga duit te orak entek-entek..amin..amin