9/21/2008

IKTIKAF DI AKHIR RAMADHAN

IKTIKAF DI AKHIR RAMADHAN. Semakin hari kita semakin hampir menginjakkan kaki ke penghujung Ramadhan. Waktu dipenghujung Ramadhan ini kita dituntut agar mengimarahkan malam-malamnya dengan Ibadah malam seperti istighfar, iktikaf dan banyak berdoa kepada Allah semoga diampunkan dosa-dosa yang kita lakukan saban hari. Keperluan kepada Ibadah sepatutnya lebih giat dan bertambah meningkat lagi terutamanya di malam-malam akhir Ramadhan ini , amat rugilah kalau kita tidak beribadah langsung di malam hari hanya cukup dengan amalan wajib berpuasa dan solat 5 waktu. Iktikaf adalah sebahagian dari Ibadah yang dituntut bila menjelangnya 10 malam terakhir Ramadhan. Iktikaf dari segi bahasa ialah tetap dan tenteram dengan sesuatu. Dari segi Syarak ialah berada di dalam masjid dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.HUKUMNYA Sunat kerana ia sebahagian dari usaha untuk mengekang Nafsu yang jahat dengan menumpukan fikiran, membersihkan hati dan mendidik jiwa agar dingin dengan kehendak melakukan maksiat kepada Allah SWT. Hukumnya sunat Muakkad pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan. SYARATNYA 1.Niat 2. Suci dari Janabah, Haidh, Nifas, 3. Berada secara tetap dalam Masjid. BATAL jika seseorang itu keluar dari Masjid tanpa sebab atau saja-saja. ADAB-ADABNYA Penuhi masa dengan berzikir, membaca Al-Quran atau berdoa atau perbincangan ilmu.HABIHA

No comments: