10/13/2008

Biji Getah

POKOK GETAH NGAREP PEJABATKU

BIJI GETAH
Aku dulu pernah menoreh getah membantu emak mencari duit untuk menyara kami adik beradik belajar hingga sampai ke menara gading, banyak nostalgia bila berada di kebun getah, malah belakang pejabat ku sekarang pun ada pokok getah tua yang masih kuat tegak berdiri...bila ku tenung dan toleh ke arahnya ia seakan-akan mengucapkan syabas kepada ku kerana telah berjaya hingga sekarang... kekadang terasa pokok getah menyapa tak main lawan bijik getah lagi keee..Terima Kasih Emak dan Terima Kasih Pokok Getah yang telah mendewasakan ku betapa susah payah emak kini aku yang merasa senangnya...anak-anak ku tak merasa semua itu... kau orang ada rasa tak macam aku rasa? cuba sebutkan ada tak di sekeliling kau orang yang tak de barang diperbuat dari getah?...tempat aku menoreh tu dipunyai oleh orang Inggeris, dia suka sangat tengok orang macam aku ni naik basikal terkial-kial kemudian berbaju comot berbau getah beku tabik sambil mengucapkan "Peace Tuan" selalunya dia naik kereta Jip dan ada 2 ekor anjing besar di belakangnya... aku selalu mengutuk mat saleh tu sambil berazam untuk merubah hidup....sekarang al-hamdulillah aku dah naik Inovva... cuma risau tang budak-budak sekarang tak merasa susah macam aku rasa... ehh nak tanya lagik kau orang ada rasa tak macam aku rasa??

No comments: