9/11/2008

FOKUS MINI RAMADHAN (1429H)

SOLAT WITIR PENUTUP TERAWIKH?
SOLAT WITIR adalah solat yang dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil. Paling kurang 1 rakaat paling banyak 11 rakaat. Biasanya dikerjakan selepas solat Tarawikh sebagai penutup solat malam. Solat ini boleh dikerjakan pada setiap malam dalam semua bulan, bermakna ia tidak terbatas di bulan Ramadhan sahaja. Dengan ertikata lain jika kita berniat hendak bangun malam mengerjakan solat sunat Tahajjud,Hajat dan solat Sunat Tasbih, maka solat sunat witir ini bolehlah ditangguhkan dan dilaksanakan yang terakhir sekali setelah selesai semua solat-solat sunat tersebut. Lantaran itulah witir dikenali sebagai penutup solat sunat malam. Justeru itu marilah kita penuhi malam-malam Ramadhan pada tahun ini denga memperbanyakkan solat-solat sunat.
Penyelidikan & Suntingan : (HABIHA)


(2) FITRAH

ZAKAT FITRAH RAMADHAN Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat puasa di bulan Ramadan. Oleh kerana Tempoh melaksanakan Fitrah itu adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri maka ia digelar Zakat fitrah . Tujuannya adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa setelah melanggar adab, etika dan melakukan perbuatan keji dan buruk ketika di bulan Ramadhan.Di samping itu Zakat Fitrah juga adalah merupakan sumber kepada keperluan Asnaf yang telah ditentukan. KADAR FITRAH Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya Di Malaysia ia disempurnakan melalui bayaran yang telah ditetapkan oleh Pemerintah negeri Masing-masing SYARAT-SYARATNYA (1) Islam (2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.(3)Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.INGATAN (1) Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. (2) Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah. WAKTUNYA: Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya. Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan. Makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Penyelidikan & Suntingan : (HABIHA)

No comments: