1/21/2009

Nafkah Hidup -Usaha Sendiri - Diampunkan Dosa



Banyak Fadhilat / kelebihan bila kita bekerja berpenat lelah seharian. Yang paling besar dah tentulah kita mendapat laba atau dengan ertikata lain imbuhan (Gaji) di setiap hujung bulan. Akan tetapi dari perspektif agama laba yang dimaksudkan pula ialah berupa ganjaran pahala yang berlipat ganda yang nantinya mampu melepaskan kita dari azab siksa kubur dan azab api neraka.

1. Dosa diampunkan
Aisyah R.anha. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa sahaja yang keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat semua dosanya akan diampunkan pada petang itu”
(Riwayat Ahmad)
2. Dikasihi Allah
“Sesungguhnya Allah SWT. Kasih (Sayang) melihat hambanya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal.
(Riwayat Ad-Dailami)
3. Menebus Dosa yang telah lalu
“ Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala Solat, sedeqah atau haji, namun dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari Nafkah.
(At-Tabrani)

Demikianlah mulianya Islam dalam mengiktiraf usaha mencari nafkah seharian yang kita perolehi dengan penat lelah dan tanpa jemu itu menjadi penebus Dosa-dosa yang telah kita lakukan antara sedar ataupun tidak. Mulakanlah dengan Kalimat Bismillah setiap kali kita memulakan kerja, insyaallah kerja kita itu berupa ibadat kepada Allah SWT.

p/s Jangan fikir Untung dunia sahaja...bekalan ke sana macam mana?

7 comments:

Yunus Badawi said...

Salam ustaz. Terima kasih atas peringatan ini.
Acapkali, kita keluar rumah waktu pagi cuma dgn niat nak elak jam dan sampai cepat ke tempat kerja supaya urusan pejabat boleh dibereskan sebanyak mungkin tanpa berniat kerana Allah.

Tepi Sungai Batu said...

Terima kasih Ustaz, InsyaAllah lepas ni akan kerja dengan lebih kuat lagi....semoga dapat banyak pahala dan terhapus segala dosa.

en_me said...

salam kang ustad.. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

Miss Jaz said...

salam habiha..jue teringin nak tau sapa habiha sebenarnyer..rasa cam kenal jer..he.he..ada kena mengena ngan uia ker?

Abang Long said...

Sama - samalah kita berpesan kearah kebaikan.

chekgu Bani Hassim said...

erm...patutlah penat semcam je kalau buat kerja betul2...
penghapus dosa rupenye...

kalau kite ikhlas, musti lebih lagi nikmat dan manisnya penat bekerja...

cikceriacorner said...

salam..ustaz..
emm..btul tu..
moga rejeki yg kita cari halal..sikit pon xpe janji berkat..n moga Allah ampunkan dosa2 kita n umat islam yg lain..amin..