Banyak Fadhilat / kelebihan bila kita bekerja berpenat lelah seharian. Yang paling besar dah tentulah kita mendapat laba atau dengan ertikata lain imbuhan (Gaji) di setiap hujung bulan. Akan tetapi dari perspektif agama laba yang dimaksudkan pula ialah berupa ganjaran pahala yang berlipat ganda yang nantinya mampu melepaskan kita dari azab siksa kubur dan azab api neraka.
1. Dosa diampunkan
Aisyah R.anha. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesiapa sahaja yang keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat semua dosanya akan diampunkan pada petang itu”
(Riwayat Ahmad)
2. Dikasihi Allah
“Sesungguhnya Allah SWT. Kasih (Sayang) melihat hambanya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal.
(Riwayat Ad-Dailami)
3. Menebus Dosa yang telah lalu
“ Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala Solat, sedeqah atau haji, namun dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari Nafkah.
(At-Tabrani)
Demikianlah mulianya Islam dalam mengiktiraf usaha mencari nafkah seharian yang kita perolehi dengan penat lelah dan tanpa jemu itu menjadi penebus Dosa-dosa yang telah kita lakukan antara sedar ataupun tidak. Mulakanlah dengan Kalimat Bismillah setiap kali kita memulakan kerja, insyaallah kerja kita itu berupa ibadat kepada Allah SWT.
p/s Jangan fikir Untung dunia sahaja...bekalan ke sana macam mana?