2/09/2009

AYAT-AYAT CINTA

CINTA

Hampir semua orang pernah merasakan betapa manisnya “CINTA” selalunya cinta akan diluahkan dengan ayat-ayat yang manis, gebu dan melemaskan. Tidak kurang juga yang mengambarkan cinta itu umpama ombak yang sering mengunjungi pantai yang tidak bertepi…begitulah Cinta dalam kehidupan manusia begitu indah dan agungnya amat sulit untuk diucapkan.

Dengan cintalah juga seseorang itu mampu menuju bahagia. Dengan cintalah juga seseorang itu mampu sengsara. Adapun Syurga yang penuh nikmat itu juga mampu diraih dengan cinta, manakala neraka yang gambarannya amat mengerikan itu dihuni oleh manusia yang hina dan ternoda akibat cinta.

CINTA HAKIKI

Bila cinta itu dibincang dan ditafsir, maka dimana titik nokhtahnya? di mana penghujungnya?, apa yang sebenarnya kita mahu dari cinta? Maka nokhtah cinta yang menjadi penghujungnya itu , lantaran menjadi matlamat manusia beria-ia benar bercinta ialah natijah dari cinta yang mampu membuahkan kebahagiaan yang hakiki.

Memang Cinta itu manis, cinta itu indah, akan tetapi kedua-dua sifat manis dan indah itu hanyalah relative sifatnya bak kata pepatah Melayu habis madu sepah dibuang. Maka Cinta yang hakiki itu apa? Cinta yang hakiki itu ialah cinta sejati, cinta seorang hamba yang tulus hanya kepada Allah. Bukan kah rasa manis dan cinta kepada Allah ini amat sukar untuk ditafsirkan?, indahnya Cinta kepada Allah amat susah untuk digambarkan?, tidak terungkap, kerana yang menjadikan ia manis dan indah itu ialah Zat Allah SWT. zat yang dicintainya itu sendiri, mana mungkin boleh ditafsirkan apatah lagi hendak digambarkan.

Bukankah Cinta itu memerlukan bukti? Sesiapa sahaja boleh mengaku bercinta tetapi bila ditanya buktinya? Tidak semua dapat membuktikan cinta yang hakiki dan sejati. Rasulullah SAW. bersabda :


“Tidaklah seorang hamba itu dikira beriman hingga aku (Nabi) menjadi orang yang lebih dicintai daripada keluarganya sendiri, hartanya dan manusia semuanya” (Sahih Bukhari)


PEDOMAN BERCINTA

Allah telah memberikan sebuah pedoman untuk mengetahui hakikat ukuran pengakuan cinta seseorang. Adapun yang menjadi ukuran dan bukti cinta seseorang itu kepada Allah ialah sejauh mana seseorang itu mengasihi/ mengikuti petunjuk Rasulullah SAW.


Firman Allah SWT:

” Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah Aku nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu, Allah Maha Penhampun lagi Maha Penyayang” [ Surah Ali Imran : 31]

Semakin bertambah cinta seseorang mukmin kepada Allah dan Rasulnya, maka akan semakin bertambah manislah rasa imannya. Cinta Allah dan Rasul adalah cinta yang berpedoman dan merupakan cinta yang paling tinggi maqamnya .

Sabda Rasulullah SAW: dari Anas bin malik bahawa Rasulullah SAW. Bersabda: Ada 3 hal yang barangsiapa memilikkinya nescaya ia akan dapat merasakan kemanisan Iman: [1] Allah dan Rasulnya lebih dicintai dari selainnya[2] mencintai seseorang itu semata-mata kerana Allah [3] benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana amat bencinya dirinya akan dimasukkan ke dalam api neraka”


[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Oleh itu takutlah kita kepada Azab Allah, Sesiapa yang takut akan Azab Allah nescaya ia akan cinta kepada Rasul. Cinta kepada Allah dan Rasul itulah cinta yang hakiki lagi diredhoi. Jauhkanlah dari cinta yang tidak membawa kepada keredhaan Allah, carilah cinta yang mampu membawa ke jalan Syorga. Hargailah Cinta yang sering mengungkap ingatlah Allah..ingatlah Rasul, oleh itu Carilah Teman bercinta yang selalu bersusahpayah melindungi pasangannya dari dosa dan bisikan hawa nafsu syaitan yang memberahikan.


P/S . Artikel ini sebenarnya untuk Student bimbingan saya. Saya kongsikan di N3 ini untuk mereka yang ingin mengambil manfaatnya kalau tak ingin / minat tak apa.....

2/03/2009

Ringkasan Khutbah Jumaat (30 JAN 2009)

Sedutan Khutbah Jumaat
"MEMBANTU MENGATASI KEGAWATAN EKONOMI"
(30 Januari 2009 / 3 Safar 1430H)

1. Selain daripada dunia gagal menghukum keganasan Israel, dunia juga sekarang sedang menghadapi masalah atau kemelut ekonomi yang sangat ketara. Kemelut yang bermula di Amerika Syarikat kini telah merebak ke negara lain.
2. Negara kita tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama disebabkan hubungan perdagangan antarabangsa, yang membimbangkan kini ialah kadar pertumbuhan menjadi negatif dan pengangguran telah meningkat serta mutu hidup mulai terjejas.

3. Masalah kegawatan ekonomi ini sebenarnya bermula dari sistem kewangan barat yang bergantung kepada sistem hutang Hutang ini yang berjumlah berbilion dolar tidak berasaskan kepada asas ekonomi yang kukuh hingga timbul kesukaran untuk proses pembayaran balik. Hasilnya keseluruhan sistem perbankan dan kewangan negara tergugat. Banyak bank yang terlibat dengan pemberian pinjaman dan pelaburan antarabangsa menjadi huru-hara.

4. Kemiskinan dan kepapaan akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan sanggup menggadai maruah diri serta menjadi kufur
5. Islam menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja dengan tulang empat kerat, bukan menjadi peminta sedekah.
6. kehidupan Nabi SAW, sendiri pernah menggembala kambing dan berniaga untuk mencari nafkah yang halal dan bukan mengemis meminta dikasihani orang.Oleh itu Kita wajib menjalankan kerja dan tugas dengan penuh tekun agar produktiviti,mutu hasil kerja, setanding dengan peringkat antarabangsa.

7. Bagi mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor awam hendaklah sentiasa meningkatkan prestasi dengan mengurangkan karenah birokrasi, menjalankan tugas dengan ikhlas, mengelak dari terjebak kepada unsur-unsur rasuah atau perkara yang dikutuk oleh Allah . SWT.

8. Manakala yang bekerja sendiri seperti peniaga, petani, hendaklah menjalankan kerja dengan penuh keikhlasan dan tekun agar hasil kerja kita memuaskan pihak pelanggan dan pembeli..

9. Adalah fardhu ain ke atas umat Islam membantu menegakkan ekonomi umat Islam masa ini. Salah satu bantuan yang dapat dilakukan ialah membantu usaha pihak pemerintah untuk mengukuhkan ekonomi negara dalam pelbagai aspek.
10. Tanggungjawab ini bukan dipikul oleh pihak pekerja dan peniaga sahaja, bahkan terletak di atas bahu semua rakyat sebagai pengguna. Setiap produk memerlukan pengguna dan pembeli. Justeru, penggunaan adalah satu bahagian penting dalam perbelanjaan negara.

11. Apa yang penting, umat Islam hendaklah menjadi pengguna yang berhemah, iaitu berbelanja dengan cara yang tidak membazir
12. Umat Islam juga digalakkan agar menabung demi masa depan melalui institusi kewangan yang diiktiraf dan sah.
13. Maka dengan itu kita mestilah mengharungi gelombang ekonomi yang tidak menentu ini dengan sabar disamping mengggalakkan penggunaan barangan keluaran tempatan. Mengawal inflasi dengan berjimat cermat , meningkatkan lagi prestasi kerja dengan cekap dan amanah. Peningkatan sumber manusia melalui hasil kerja yang cekap, latihan semula, penggunaan teknologi yang menjimatkan tenaga dan pengurangan penggunaan buruh asing.

(30JAN 2009)
P/S Khutbah ini dibaca oleh Khatib-Khatib di sekitar Masjid-Masjid Kuala Lumpur dan Sebahagian Masjid di Selangor Kalau terlupa apa khutbah minggu lepas boleh lah rujuk di sini.

2/01/2009

MY MORNING COFFEE (2.2.2009)


Masuk-masuk sahaja kerja pagi Isnin dah kena panggil utk. sessi morning Coffee Jam 8-10 pagi tadi…istilah kat tempat kerja saya, merujuk: perbincangan meja bulat kecil tentang performance, aktiviti2, dan kerja-kerja penting untuk minggu inimana ada kopi percuma?...
Disepanjang kesengalan saya mendengar arahan dan kebengongan pelawak-pelawak di Jabatan Saya…kenangan saya terus menerus menerobos ke kebun kopi embah. Inilah pokok kopi…terbayang saya alangkah Seronoknya sessi morning Coffee dengan embah pastinya tak sama dengan morning Coffee kat Jabatan…. hasil morning Coffee pagi tadi tu memperjelaskan betapa banyaknya kerja minggu nih…dan nampaknya juga minggu ini macam tak sempat nak pekena kopi di Bangi Kopitiam …khabarnya bangi kopitiam baru buka di seksyen 7 shah alam.

P/s. Old Town White Coffee di B.B.Bangi lepas Pasaraya Bintang lepas 2 traffic light…belok kanan…pehhh..terangkat sehh..

1/28/2009

Ringkasan Khutbah Jumaat (23/1/2009)

Sedutan Khutbah Jumaat

"AMAL JARIAH MENGEMBIRAKAN UMAT ISLAM GAZA"


1. Umat Islam diseluruh dunia adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan.

2. Apabila umat Islam di negara atau kawasan tertentu ditimpa malapetaka atau dizalimi, maka Umat Islam lain perlu membantu meringankan penderitaan.

3. Bantuan yang diberikan ini merupakan tali ikatan akidah Islamiah.

4. Budaya persaudaraan yang berasaskan akidah ini telah berjaya menegakkan negara Islam Madinah.

5. Persaudaraan di kalangan Ansar dan Muhajirin yang ditindas, hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin manakala mereka yang mempunyai dua bidang tanah, diwaqafkan sebidang kepada Muhajirin.

6. Sumbangan Saidina Abu Bakar yang telah mendermakan seluruh hartanya untuk Islam dan ummah yang tiada tolok bandingnya sehingga dikhabarkan tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk keluarganya, melainkan Allah dan Rasul-Nya sahaja.

7. Demikianlah Saudara kita di Palestin benar-benar memerlukan pembelaan. Mereka kehilangan keluarga, rumahtangga, kemusnahan hartabenda, sekolah dan hospital. Semenanjung Gaza kini memerlukan berbilion ringgit untuk dibangunkan semula.

8. Mimbar ini amat berharap Sebagai warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai taraf hidup bersegera membela saudara kita di Palestin, sama ada melalui protes, bantahan, derma atau bantuan sukarelawan.

9. Di dalam surah al-Baqarah ayat 261 dan surah Ali Imran ayat 180, Allah SWT akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang menderma kepada saudaranya yang susah dan akan mendapat siksaan kepada mereka yang bakhil lagi kedekut .

10. Sebagai Kesimpulannya amal jariah ini akan menjadi tanda keimanan seseorang, merapatkan tali persaudaraan,menggembirakan ummah, menghapuskan dosa, menambahkan rezeki; dan mewarisi amalan para Rasul, Nabi dan orang-orang soleh.

(23 JAN 2009)

P/S Khutbah ini dibaca oleh Khatib-Khatib di sekitar Masjid-Masjid Kuala Lumpur dan Sebahagian Masjid di Selangor Kalau terlupa apa khutbah minggu lepas boleh lah rujuk di sini.

1/27/2009

Dari LUKUT ke Tanjung Biru





















26 Jan (Isnin)kemarin Skuad “D-d” mengatur langkah lagi…Kali ini ke Muzium Lukut, bukan apa sekadar mengimbau dan mengenal tokoh yang bertelingkah di Lukut yang juga melibatkan orang Melayu Selangor…. Sebelum menyelam ke swimming pool dan Selat Melaka…sempatlah saya dan Skuad "D-d" mengulangkaji Sejarah kota Lukut yang terkenal itu. Bagaimanapun desiran ombak Tanjung Biru cepat sangat menelan sejarah Lukut….

P/s Sejarah yang lama moleklah dikenang, yang buruk janganlah diulang yang baik pula jadikan panduan.

Puluit Bungkuih hari Ahad di Pekan Rabu








25 Jan (Ahad)Saya dan Skuad “D-d” makan puluit Bungkuih, Nasi lemak dan Otak-otak Versi Kedah… Pulut saya boleh lah layan, nasi lemak pun o.k lah juga sebab murah 5 kupang aje…tapi tang otak-otak tu tak mampu nak layan....

Ni lah Pekan Rabu….Lebih Kurang macam Pasar Payang di Terenganu atau Pasar Buluh Kubu di kelantan. Lepas tu ronda-rondalah di Pekan Alor Star….Masjid Zahir (Ustaz kena singgah sini Oooo) dan Menara Alor StaQ.



P/s: Kedah maju 2010

Petang Jumaat ke Rumah Madu Di Kuala Nerang












TERAP INN & RUMAH MADU

Pssst....
23 Jan(Jumaat) Saya berada di Padang Temak Kuala Nerang menghadiri Walimatul Urus . Setelah memandu lebih Kurang 7 Jam dan melimpasi Langgar, Pokok Sena, Bukit Barak,Nakon Nambua, Jam 5.00 Petang saya dan Skuad “D-d” Check Inn di TERAP INN. Berdekatan Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap. Lepas Check Inn saya terlalu asyik terbayang-bayang kan madu. Tanpa berlengah lagi saya pun ke Rumah Madu di Pekan Kuala Nerang..alamak tutup rapat?….hari Jumaat rupanya..awat hang tak habaq Kedah Jumaat Cuti …Kebiasaanya semua kedai tutup… Mmmm… niat tak betul kot…

P/S SM SALIM KATA…Melepas lah Sudah…

1/21/2009

Nafkah Hidup -Usaha Sendiri - Diampunkan Dosa



Banyak Fadhilat / kelebihan bila kita bekerja berpenat lelah seharian. Yang paling besar dah tentulah kita mendapat laba atau dengan ertikata lain imbuhan (Gaji) di setiap hujung bulan. Akan tetapi dari perspektif agama laba yang dimaksudkan pula ialah berupa ganjaran pahala yang berlipat ganda yang nantinya mampu melepaskan kita dari azab siksa kubur dan azab api neraka.

1. Dosa diampunkan
Aisyah R.anha. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa sahaja yang keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat semua dosanya akan diampunkan pada petang itu”
(Riwayat Ahmad)
2. Dikasihi Allah
“Sesungguhnya Allah SWT. Kasih (Sayang) melihat hambanya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal.
(Riwayat Ad-Dailami)
3. Menebus Dosa yang telah lalu
“ Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala Solat, sedeqah atau haji, namun dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari Nafkah.
(At-Tabrani)

Demikianlah mulianya Islam dalam mengiktiraf usaha mencari nafkah seharian yang kita perolehi dengan penat lelah dan tanpa jemu itu menjadi penebus Dosa-dosa yang telah kita lakukan antara sedar ataupun tidak. Mulakanlah dengan Kalimat Bismillah setiap kali kita memulakan kerja, insyaallah kerja kita itu berupa ibadat kepada Allah SWT.

p/s Jangan fikir Untung dunia sahaja...bekalan ke sana macam mana?

1/20/2009

CATATAN RABU (21 Jan 2009)

CATATANKU SEBELUM PUKUL 1.00 TENGAHARI

R
Rakan-rakan kerja yang formal (Branch campus pun dah mula SMS dan Email tanya saya kenapa sekarang payah nak jumpa hebat sangat ke awak tu kat (main campus) tapi saya masih merahsiakan betapa saya ada rakan-rakan blogers yang selalu saya dapat berinteraksi tanpa batasan dengan u all semua. Rakan-Rakan blogers saya lebih memahami apa yang berlaku kan..kan…

A
Assignment pun makin melambak-lambak atas meja. Ahli-ahli Mesyuarat J/kuasa modul pembangunan Pelajar pun dah mula nak mesyuarat petang ni. Student saya di Applied Sciense pun call saya kenapa tak jadi ngajar subject HKR 112 saya bilang saya capek, jadi saya rehat 1 semester untuk buat refreshment silibus. Tugasan itu saya bagi kepada new lecturer…..alahai budak-budak tu nak mogok lar pulak….

B
Bizzi sungguh sekarang nih, dapat portfolio baru dalam tugas. Buat program utuk Jabatan, menulis artikel untuk jabatan, Editor untuk artikel ilmiah Jabatan. Ishh..BOSAN lah..Betul lah orang lama-lama ada pesan kalau bertuankan BOS muda “Green Horn” yang tak pernah rasa susah cam kawan-kawan zaman dulu-dulu pening lah lu...main arah sahaja..BOS Lama yang ada pulak bilang…Aku seniman tua, seniman jalanan…dah nak pencen…ehh Barrack Obama dah sah pun jadi Presiden US kan?

U
Untuk mu kawan-kawan bloggers, harini saya menulis lagi di N3 ini..setelah dah lama pancit..lepas nih pun tak tahu lah lagi mampu atau tidak nak menulis di sini. Undangan kahwin (jemputan kahwin) ada 2 tak lah banyak tapi kat “U” (Utara) Jeniang …kata hati berat untuk pergi…Untuk emak lama dah tak jumpa (2 minggu) nanti lepas raya Cina balik dari Utara “kita” balik kampong “Bibik” kat umah tu pun dah membebel kenapa bapak enggak balik-balik jengok ibunya?... Jam 6.00 ke UM jumpa Supervisor Tesis…peh..macam superman lah harinih.

P/S KAWAN SAYA BILANG RABU YANG RANGGI

1/07/2009

SARCASTIC KAH USTAZ ?


Saya Pernah Berkata begini....
Bila kita berzikir ataupun solat 20 minit tu.. ramainya yang menyindir kita kan? …wah lamanya awak solat tadi, panjangnya zikir awak, macam pak lebai lah awak ni….ayat yang biasa kita dengar kan?

TAPI

Bila kita tengok perlawanan bola 45 minit tuh rasanya macam 5 minit sahaja kan.. kita siap hukum “Refree” tu pakai Jam tak betul…Jam pekak lah… Kuat Rasuah lah dan macam-macam lagi lah.. @ 45 minit tu pun mana lah cukup nak bershoping-shoping kan ?

saya tertanya-tanya dalam diri ini MACAM MANA NI? SARCASTIC SANGAT KAH SAYA?

1/01/2009

BERSYUKURLAH SEMUANYA SELAMAT (2009)

Rupa-rupanya betapa hebat kejadian manusia setelah saya membaca satu judul tajuk dalam Ensiklopidi dan dalam kamus Lisanul Arab (Kamus rujukan penulis-penulis Tesis) tentang kejadian Manusia :
(1) Tubuh manusia mengandungi 45 liter air.
(2) Manusia itu akan tidur lebihkurang 18-20 tahun dari umurnya
(3) Mampu hidup 20 hingga 30 hari tanpa makan.
(4) Jantungnya berdenyut sebanyak 2,900 juta kali
(5) 206 ketul tulang belulang bagi yang dewasa.


Nah..betapa hebatnya manusia. Dari itu marilah kita bersyukur atas kejadian kita ini. Jika kita meneliti kejadian kita dengan minda yang terbuka di awal tahun 2009 ini pastinya kita akan mencapai tahap “makrifah” yang terlalu dekat dengan Allah SWT. lihat sahaja ciptaan:

(1) hidung yang cukup cantik dengan fungsinya bernafas yang serombongnya itu menghala ke bawah tidak sekali-kali ke atas..bayangkan kalau hujan?
(2) Kita Berjalan dengan kaki bukan dengan tangan..bayangkan kalau sebaliknya?..Kaki pula dicipta dapat menampung badan yang tidak kira sebesar mana saiz dan kilogramnya.
(3) Setiap tangan dan kaki ada jari jemarinya dan fungsi-fungsinya yang tertentu.



Marilah kita berdoa tanda Syukur kita di tahun 2009 ini:

“Sujud Mukaku kepada Tuhan yang menjadikannya. Yang membentuknya. Yang membukakan pendengaran dan penglihatan dengan daya kuasanya Jua, amat banyak kebaikan Allah dan Dia yang Sebaik-baik pencipta
[ Doa Sujud Syukur yang saya terjemahkan ke Bahasa Malaysia}