12/25/2008
ASSSALAMUALAIKUM....KALIMAH MULIA
Assalamualaikum...Alhamdulillah kini saya boleh menulis kembali setelah hampir 19 hari merehatkan jari jemari ini...Banyak peristiwa suka dan duka selama 19 hari itu (yang paling sedih Nenda yang menjaga saya dari sekecil tapak tangan hingga lah dewasa telah kembali ke Rahmatullah..alhamdulillah saya sempat bersama-samanya dari saat mengadapi sakaratul maut hingga ke penghujung nyawanya...al-Fatihah)..Terima Kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi ziarah saya..ada yang bertanyakan saya kenapa membisu seribu bahasa...yang paling menyeksakan sampai kini 2 tugasan belum lagi mampu nak saya buat...Kang JP dan Kang ME telah menge"tag" saya...aduhhh. Insyaallah akan saya selesaikan sebelum Tahun baru menjelang Tiba...Dengan kalimah mulia ASSALAMUALAIKUM saya ucapkan untuk semua teman-teman seperjuangan, Pak Man Laksam, Pok Li, Dilla (wong jowo paling sogeh), Cikgu PinatB, Cikgu Jue, Abang Muor76, CikguUstaz Jawe (cikgu jawe paling hensem dan kuat iman), akudimar (nih jawe bagan datoh kot)dan lain-lain lagi yang selalu saya ziarah blogsnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Salam. Lama berehat ustaz. Selamat Maal Hijrah dan Tahun Baru. Lepas ni saya pula yang gantung jari :)
Salam takziah atas kepulangan nenda.
Terima Kasih Pok Li, Selamat maal Hijrah Juga untuk PokLi..moga tahun baru Nanti Pok Li sihat dan sejahtera selalu..murah rezeki dan diberkati jua oleh Nya sekeluarga.. Amin
Cikgu PinatB. Terima Kasih..Nenda saya tu mmg. sangat saya sayang tak pernah marah saya seumur hidup..kasihnya tertumpah sepenuhnya pada saya...Allah lebih menyayanginya...TQ Cikgu.
Salam Ustaz, Selamat berkenalan, Takziah diucapkan..
Waalaikum Salam seri dan terima kasih di atas ucapan takziah itu..semoga kita jadi blogers yang dirahmati Allah...TQ ziarah saya..Nnti dtg lagi yea..
takziah ustaz habiha atas kepulangan nenek. moga2 arwah ditempatkan bersama orang soleh.. dn slmt tahun baru juga. :)
Sama-sama CikguUstaz...amin ya Robbal Alamin....Slmt tahun baru hijrah untuk cikgu juga.
Al-Fatehah. Untuk nenek tersayang yang sama-sama kita tatapi dari nafasnya yang perlahan hinggalah nazaknya. Semuga bacaan Yassin kita sekeluarga dan bisikan Lailahaillallah meringankan pemergiannya dengan tenang.Ku lihat wajahnya yang terakhir semasa dibukakan ikatan untuk diciumkah mukanya ketanah ketika didalam lahat kelihatan seperti ada cahaya diwajahnya.Semuga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan bersama orang-orang yang soleh.Terkilan rasanya tidak dapat sama sama turun bersama ustaz menurunkan nenda keliang lahat untuk kali terakhirnya.Alhamdulillah kerjasama kita sekeluarga mudah rasanya urusan tanpa sebarang halangan seperti arwah ayahanda.Diucapkan selamat menyambut tahun baru.
Terima kasih..sama-sama kita berdoa agar Rohnya dicucuri rahmat..Amin...TQ ziarah ke Blogs ini...semoga silaturahim kekal abadi.
Salam Takziah ustad....
Alfatihah
Jazakallah Dilla...moga Rohnya dicucuri rahmat..amin
Post a Comment