11/18/2008
KENANGAN MANIS DI SIME DARBY
Semalam 18hb. September Saya menghadiri seminar Kepemimpinan Melayu di Sime Darby Convention Centre. Dijemput sebagai peserta dan membaca doa Perasmian. Banyak perubahan yang berlaku (landskap) di SIME DARBY ini..ini kali ke 2 saya ke sini, kali pertama tahun 2006 bersama teman-teman school Inspector (Nazir) .Sebaik sahaja nama diumumkan untuk membaca Doa Perasmian saya pun bingkas bangun membaca Teks yang saya karang hanya lebih kurang 10 minit…hasilnya Y.B.Datuk Ir. Hj Idris Hj Harun (Timbalan Menteri 1 Kementerian Pengajian Tinggi) mengulas doa saya hampir 30 minit…kawan-kawan ada yang tersengih, manakala dari IPT lain tersenyum juga (tak pasti sinis ataupun ikhlas) yang diulas bait-bait doa saya mengenai “moga kau anugerahkanlah Ya Allah hari ini lebih baik dari hari-hari semalam yang kami lalui”…much better rather then those days… dan katanya lagi itulah pokok dan isi Teks yang ia perlu huraikan sebelum dirasmikan seminar pada hari ini. Saya seperti biasalah dah kebal dengan puji-pujian itu. Sebaik sahaja tamat saya keluar sessi Jamuan ramai juga rupanya yang datang menghulurkan tahniah…kerana berjaya mencuri hati Y.B. dan ada yang meminta Teks Doa yang saya baca…ada yang nak mintak saya akan datang bentang Paper..ada juga yang nak mintak saya doakan anaknya Cemerlang SPM…30 minit juga saya menyorok dalam tandas buka Neck Tye, Simpan Songkok dalam Beg Seminar,..dan tanggalkan Name Tag saya…keluar tandas saya berdiri tepi pasu…saya dengar dari Jauh …Ustaz tu dah balik dah..walhal saya di depan mereka….dan 15 minit lagi saya duduk menyembang di kiosk jual Kek “Halia” paling seronok mamat yang tadinya ucap tahniah dengan selamba tanya kat saya..tandas mana???....hik..hik..macam-macam gelagat manusia rupa-rupanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wah ustaz yg mulia ittewww..
Tima kasih..mulia lagi Allah dari segalanya...nyong sekadar hambanya yang kerdil sahaja...
alhamdulillah USTAZ....
ianya telah membuka mata minda disekeliling yang ada....amin:-)
** ustaz...tu kamera lama ustaz. Ana hanya tambah sikit cahaya ajer. Syukran kerana tak jemu melawat rumah ana.....
TQ DILA...sudi singgah...merem melek gitew...Mmg. betul pun gambor En3 yg sya Comments tu chanteks...
nek ora keberatan, jalok teks doane kenek?
boleh kalau cikgu Anwarjauhari naks..bayar lah dulu...pengerasnya...hik..hik
Post a Comment