2/03/2009

Ringkasan Khutbah Jumaat (30 JAN 2009)

Sedutan Khutbah Jumaat
"MEMBANTU MENGATASI KEGAWATAN EKONOMI"
(30 Januari 2009 / 3 Safar 1430H)

1. Selain daripada dunia gagal menghukum keganasan Israel, dunia juga sekarang sedang menghadapi masalah atau kemelut ekonomi yang sangat ketara. Kemelut yang bermula di Amerika Syarikat kini telah merebak ke negara lain.
2. Negara kita tidak terlepas daripada mengalami kesan yang sama disebabkan hubungan perdagangan antarabangsa, yang membimbangkan kini ialah kadar pertumbuhan menjadi negatif dan pengangguran telah meningkat serta mutu hidup mulai terjejas.

3. Masalah kegawatan ekonomi ini sebenarnya bermula dari sistem kewangan barat yang bergantung kepada sistem hutang Hutang ini yang berjumlah berbilion dolar tidak berasaskan kepada asas ekonomi yang kukuh hingga timbul kesukaran untuk proses pembayaran balik. Hasilnya keseluruhan sistem perbankan dan kewangan negara tergugat. Banyak bank yang terlibat dengan pemberian pinjaman dan pelaburan antarabangsa menjadi huru-hara.

4. Kemiskinan dan kepapaan akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan sanggup menggadai maruah diri serta menjadi kufur
5. Islam menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja dengan tulang empat kerat, bukan menjadi peminta sedekah.
6. kehidupan Nabi SAW, sendiri pernah menggembala kambing dan berniaga untuk mencari nafkah yang halal dan bukan mengemis meminta dikasihani orang.Oleh itu Kita wajib menjalankan kerja dan tugas dengan penuh tekun agar produktiviti,mutu hasil kerja, setanding dengan peringkat antarabangsa.

7. Bagi mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dan sektor awam hendaklah sentiasa meningkatkan prestasi dengan mengurangkan karenah birokrasi, menjalankan tugas dengan ikhlas, mengelak dari terjebak kepada unsur-unsur rasuah atau perkara yang dikutuk oleh Allah . SWT.

8. Manakala yang bekerja sendiri seperti peniaga, petani, hendaklah menjalankan kerja dengan penuh keikhlasan dan tekun agar hasil kerja kita memuaskan pihak pelanggan dan pembeli..

9. Adalah fardhu ain ke atas umat Islam membantu menegakkan ekonomi umat Islam masa ini. Salah satu bantuan yang dapat dilakukan ialah membantu usaha pihak pemerintah untuk mengukuhkan ekonomi negara dalam pelbagai aspek.
10. Tanggungjawab ini bukan dipikul oleh pihak pekerja dan peniaga sahaja, bahkan terletak di atas bahu semua rakyat sebagai pengguna. Setiap produk memerlukan pengguna dan pembeli. Justeru, penggunaan adalah satu bahagian penting dalam perbelanjaan negara.

11. Apa yang penting, umat Islam hendaklah menjadi pengguna yang berhemah, iaitu berbelanja dengan cara yang tidak membazir
12. Umat Islam juga digalakkan agar menabung demi masa depan melalui institusi kewangan yang diiktiraf dan sah.
13. Maka dengan itu kita mestilah mengharungi gelombang ekonomi yang tidak menentu ini dengan sabar disamping mengggalakkan penggunaan barangan keluaran tempatan. Mengawal inflasi dengan berjimat cermat , meningkatkan lagi prestasi kerja dengan cekap dan amanah. Peningkatan sumber manusia melalui hasil kerja yang cekap, latihan semula, penggunaan teknologi yang menjimatkan tenaga dan pengurangan penggunaan buruh asing.

(30JAN 2009)
P/S Khutbah ini dibaca oleh Khatib-Khatib di sekitar Masjid-Masjid Kuala Lumpur dan Sebahagian Masjid di Selangor Kalau terlupa apa khutbah minggu lepas boleh lah rujuk di sini.

2/01/2009

MY MORNING COFFEE (2.2.2009)


Masuk-masuk sahaja kerja pagi Isnin dah kena panggil utk. sessi morning Coffee Jam 8-10 pagi tadi…istilah kat tempat kerja saya, merujuk: perbincangan meja bulat kecil tentang performance, aktiviti2, dan kerja-kerja penting untuk minggu inimana ada kopi percuma?...
Disepanjang kesengalan saya mendengar arahan dan kebengongan pelawak-pelawak di Jabatan Saya…kenangan saya terus menerus menerobos ke kebun kopi embah. Inilah pokok kopi…terbayang saya alangkah Seronoknya sessi morning Coffee dengan embah pastinya tak sama dengan morning Coffee kat Jabatan…. hasil morning Coffee pagi tadi tu memperjelaskan betapa banyaknya kerja minggu nih…dan nampaknya juga minggu ini macam tak sempat nak pekena kopi di Bangi Kopitiam …khabarnya bangi kopitiam baru buka di seksyen 7 shah alam.

P/s. Old Town White Coffee di B.B.Bangi lepas Pasaraya Bintang lepas 2 traffic light…belok kanan…pehhh..terangkat sehh..

1/28/2009

Ringkasan Khutbah Jumaat (23/1/2009)

Sedutan Khutbah Jumaat

"AMAL JARIAH MENGEMBIRAKAN UMAT ISLAM GAZA"


1. Umat Islam diseluruh dunia adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan.

2. Apabila umat Islam di negara atau kawasan tertentu ditimpa malapetaka atau dizalimi, maka Umat Islam lain perlu membantu meringankan penderitaan.

3. Bantuan yang diberikan ini merupakan tali ikatan akidah Islamiah.

4. Budaya persaudaraan yang berasaskan akidah ini telah berjaya menegakkan negara Islam Madinah.

5. Persaudaraan di kalangan Ansar dan Muhajirin yang ditindas, hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin manakala mereka yang mempunyai dua bidang tanah, diwaqafkan sebidang kepada Muhajirin.

6. Sumbangan Saidina Abu Bakar yang telah mendermakan seluruh hartanya untuk Islam dan ummah yang tiada tolok bandingnya sehingga dikhabarkan tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk keluarganya, melainkan Allah dan Rasul-Nya sahaja.

7. Demikianlah Saudara kita di Palestin benar-benar memerlukan pembelaan. Mereka kehilangan keluarga, rumahtangga, kemusnahan hartabenda, sekolah dan hospital. Semenanjung Gaza kini memerlukan berbilion ringgit untuk dibangunkan semula.

8. Mimbar ini amat berharap Sebagai warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai taraf hidup bersegera membela saudara kita di Palestin, sama ada melalui protes, bantahan, derma atau bantuan sukarelawan.

9. Di dalam surah al-Baqarah ayat 261 dan surah Ali Imran ayat 180, Allah SWT akan melipat gandakan pahala ke atas orang yang menderma kepada saudaranya yang susah dan akan mendapat siksaan kepada mereka yang bakhil lagi kedekut .

10. Sebagai Kesimpulannya amal jariah ini akan menjadi tanda keimanan seseorang, merapatkan tali persaudaraan,menggembirakan ummah, menghapuskan dosa, menambahkan rezeki; dan mewarisi amalan para Rasul, Nabi dan orang-orang soleh.

(23 JAN 2009)

P/S Khutbah ini dibaca oleh Khatib-Khatib di sekitar Masjid-Masjid Kuala Lumpur dan Sebahagian Masjid di Selangor Kalau terlupa apa khutbah minggu lepas boleh lah rujuk di sini.

1/27/2009

Dari LUKUT ke Tanjung Biru





















26 Jan (Isnin)kemarin Skuad “D-d” mengatur langkah lagi…Kali ini ke Muzium Lukut, bukan apa sekadar mengimbau dan mengenal tokoh yang bertelingkah di Lukut yang juga melibatkan orang Melayu Selangor…. Sebelum menyelam ke swimming pool dan Selat Melaka…sempatlah saya dan Skuad "D-d" mengulangkaji Sejarah kota Lukut yang terkenal itu. Bagaimanapun desiran ombak Tanjung Biru cepat sangat menelan sejarah Lukut….

P/s Sejarah yang lama moleklah dikenang, yang buruk janganlah diulang yang baik pula jadikan panduan.

Puluit Bungkuih hari Ahad di Pekan Rabu








25 Jan (Ahad)Saya dan Skuad “D-d” makan puluit Bungkuih, Nasi lemak dan Otak-otak Versi Kedah… Pulut saya boleh lah layan, nasi lemak pun o.k lah juga sebab murah 5 kupang aje…tapi tang otak-otak tu tak mampu nak layan....

Ni lah Pekan Rabu….Lebih Kurang macam Pasar Payang di Terenganu atau Pasar Buluh Kubu di kelantan. Lepas tu ronda-rondalah di Pekan Alor Star….Masjid Zahir (Ustaz kena singgah sini Oooo) dan Menara Alor StaQ.



P/s: Kedah maju 2010

Petang Jumaat ke Rumah Madu Di Kuala Nerang












TERAP INN & RUMAH MADU

Pssst....
23 Jan(Jumaat) Saya berada di Padang Temak Kuala Nerang menghadiri Walimatul Urus . Setelah memandu lebih Kurang 7 Jam dan melimpasi Langgar, Pokok Sena, Bukit Barak,Nakon Nambua, Jam 5.00 Petang saya dan Skuad “D-d” Check Inn di TERAP INN. Berdekatan Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap. Lepas Check Inn saya terlalu asyik terbayang-bayang kan madu. Tanpa berlengah lagi saya pun ke Rumah Madu di Pekan Kuala Nerang..alamak tutup rapat?….hari Jumaat rupanya..awat hang tak habaq Kedah Jumaat Cuti …Kebiasaanya semua kedai tutup… Mmmm… niat tak betul kot…

P/S SM SALIM KATA…Melepas lah Sudah…

1/21/2009

Nafkah Hidup -Usaha Sendiri - Diampunkan Dosa



Banyak Fadhilat / kelebihan bila kita bekerja berpenat lelah seharian. Yang paling besar dah tentulah kita mendapat laba atau dengan ertikata lain imbuhan (Gaji) di setiap hujung bulan. Akan tetapi dari perspektif agama laba yang dimaksudkan pula ialah berupa ganjaran pahala yang berlipat ganda yang nantinya mampu melepaskan kita dari azab siksa kubur dan azab api neraka.

1. Dosa diampunkan
Aisyah R.anha. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa sahaja yang keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat semua dosanya akan diampunkan pada petang itu”
(Riwayat Ahmad)
2. Dikasihi Allah
“Sesungguhnya Allah SWT. Kasih (Sayang) melihat hambanya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal.
(Riwayat Ad-Dailami)
3. Menebus Dosa yang telah lalu
“ Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala Solat, sedeqah atau haji, namun dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari Nafkah.
(At-Tabrani)

Demikianlah mulianya Islam dalam mengiktiraf usaha mencari nafkah seharian yang kita perolehi dengan penat lelah dan tanpa jemu itu menjadi penebus Dosa-dosa yang telah kita lakukan antara sedar ataupun tidak. Mulakanlah dengan Kalimat Bismillah setiap kali kita memulakan kerja, insyaallah kerja kita itu berupa ibadat kepada Allah SWT.

p/s Jangan fikir Untung dunia sahaja...bekalan ke sana macam mana?