11/18/2008

BERSEDEQAH SELIPAR DI WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN?



Tajuknya agal lucu juga kan? Tapi inilah di antara tips untuk mendidik Jiwa bersedeqah yang akhirnya akan menguntungkan kita, anak-anak ataupun sesiapa sahaja yang mengaku beriman kepda Allah SWT. Jadi minggu ini Entri Blogs saya ialah tentang Sedeqah Selipar.

Amalan bersedeqah merupakan amalan yang terpuji dan di antara amalan yang akan di anugerahkan kunci untuk memasuki syurga Allah SWT. di akhirat kelak.

Bulan ini ramai Ibu bapa, anak-anak atau kita sendiri akan mengambil cuti. Ada yang balik bercuti ke Utara, Ke Selatan atau ke Pantai Timur .

Sebelum anda Travel dengan seronoknya bersama Famili, saya syorkan anda singgah sekejap di kedai dengan membeli selipar yang harganya tidak sampaipun RM2.00 Kalau anak Empat belilah empat pasang jumlahnya cuma RM 8.00 tidak sampai pun sepuluh ringgit.

Ketika anda dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda Cuma perlu pilih sahaja mana-mana masjid yang anda berhajat untuk singgah dan sekaligus bersedeqah selipar di masjid-masjid berkenaan. Sambil itu anda lihatlah selipar yang ada…sungguh dhaif sekali kan?…ada yang kanan warna biru yang kiri warna merah…diikat tali raffia pun ada juga…Bukan apa Sedeqah kita itu semata-mata untuk manfaat kegunaan jemaah mengambil Wudhuk….atau ke tandas .Fadhilat atau kelebihannya anda fikirlah sendiri…. Saya hanya mampu menyebut demikian: “Selagi sedeqah anak adam itu digunakan untuk tujuan ibadah selagi itulah ganjarannya dicatit oleh Allah SWT”… Kesimpulannya Sambil bercuti dapatlah kita mendidik diri dan anak-anak untuk “taqarrub” (mendekatkan diri) dengan Rabbul Jalil…. Sekali lagi saya nak kata anda fikirlah sendiri….

KENANGAN MANIS DI SIME DARBY





Semalam 18hb. September Saya menghadiri seminar Kepemimpinan Melayu di Sime Darby Convention Centre. Dijemput sebagai peserta dan membaca doa Perasmian. Banyak perubahan yang berlaku (landskap) di SIME DARBY ini..ini kali ke 2 saya ke sini, kali pertama tahun 2006 bersama teman-teman school Inspector (Nazir) .Sebaik sahaja nama diumumkan untuk membaca Doa Perasmian saya pun bingkas bangun membaca Teks yang saya karang hanya lebih kurang 10 minit…hasilnya Y.B.Datuk Ir. Hj Idris Hj Harun (Timbalan Menteri 1 Kementerian Pengajian Tinggi) mengulas doa saya hampir 30 minit…kawan-kawan ada yang tersengih, manakala dari IPT lain tersenyum juga (tak pasti sinis ataupun ikhlas) yang diulas bait-bait doa saya mengenai “moga kau anugerahkanlah Ya Allah hari ini lebih baik dari hari-hari semalam yang kami lalui”…much better rather then those days… dan katanya lagi itulah pokok dan isi Teks yang ia perlu huraikan sebelum dirasmikan seminar pada hari ini. Saya seperti biasalah dah kebal dengan puji-pujian itu. Sebaik sahaja tamat saya keluar sessi Jamuan ramai juga rupanya yang datang menghulurkan tahniah…kerana berjaya mencuri hati Y.B. dan ada yang meminta Teks Doa yang saya baca…ada yang nak mintak saya akan datang bentang Paper..ada juga yang nak mintak saya doakan anaknya Cemerlang SPM…30 minit juga saya menyorok dalam tandas buka Neck Tye, Simpan Songkok dalam Beg Seminar,..dan tanggalkan Name Tag saya…keluar tandas saya berdiri tepi pasu…saya dengar dari Jauh …Ustaz tu dah balik dah..walhal saya di depan mereka….dan 15 minit lagi saya duduk menyembang di kiosk jual Kek “Halia” paling seronok mamat yang tadinya ucap tahniah dengan selamba tanya kat saya..tandas mana???....hik..hik..macam-macam gelagat manusia rupa-rupanya.

11/11/2008

MASIH DALAM CONFUSE (BAHAGIA @ SENGSARA)



Semalam petang Jam dah 6.35 Aku masih tidak dapat mencari jawapan lagi sengsara betul rasanya . Fikiran melayang-layang cuba untuk membuat keputusan yang paling rasional dan yang paling membahagiakan semua, sambil mendengar celoteh Radio DJ Anim di channel 93.60 teringat kembali ingatan di Bilik Konti DJ bersama dengannya ditemuramah tajuk berkaitan Bahagia & sengsara . Jadi hasilnya jadilah satu entri [BAHAGIA & SENGSARA] Bahagia diistilahkan sebagai kesenangan, keamanan, dan kesentosaan manakala Sengsara pula bermaksud kesusahan, kesulitan dan penderitaan . Ia seringkali menjadi teman akrab lagi sejati manusia . Maka digambarkan manusia yang bahagia itu adalah orang yang paling istimewa manakala manusia yang sengsara itu ialah orang yang tidak bernasib baik dalam hidupnya . Antara tanda-tanda orang yang bahagia itu ialah :1. Senang dan suka dalam urusan akhirat 2. Himmahnya(kemahuan) kuat terhadap mengabdikan diri kepada Allah apatahlagi membaca Al-Quran 3. Sangat memelihara sembahyangnya 4. Jaga diri dari yang haram dan syubhat 5. Suka bersahabat dengan orang soleh dan baik 6. Bersifat dermawan pada jalan agama. 7. Sangat bermanfaat kepada orang lain 8. Sentiasa siap sedia menghadapi kematian. Manakala tanda orang yang Sengsara itu ialah :1. Rakus terhadap harta dunia 2. kemahuan dan syahwat yang kuat terhadap dunia semata-mata 3. Meringan-ringankan Ibadah terutamanya solat. 4. Berkawan dengan orang fasik dan memusuhi orang yang mencintai agama 5. Sombong lagi membanggakan diri 6. Bersifat suka merosakkan hubungan silaturrahmi 7. sedikit kasih dan sayang kepada orang yang beriman 8. Kikir lagi kedekut 9. Tidak ingat mati 10. Tiada perasaan terhadap Al-Quran dan Sunnah Nabi. Maka Aku & Kita di mana ye? Bahagia atau sengsara?

11/09/2008

DUA puluh lapan hari yang Confuse


Semalam aku dapat surat susulan ke 2 memanggil aku belajar semula. Surat itu bukanlah memberi makna yang sebelum ini aku tak belajar atau menyorok sebalik pokok pisang. Dulu (1998) aku pernah mohon belajar, sambil tu aku ambil exam di British Councils untuk melayakkan aku jadi Mat Salleh, tapi keizinan untuk belajar tak dapat katanya aku baru balik dari “branch” dan baru sahaja duduk kat HQ. Bagilah peluang untuk Kakak dan Abang2 tua yang nak belajar tu….Walaupun borang dah Ku hantar aku terpaksa akur juga masa tu sifat kejawaan aku kental masa tu “Nrimo wae suratan Taqdir” Tak merasa lah aku nak main salji atau nak jumpa MR Bean. Masa tu aku sahaja seorang Teruna yang paling muda dan paling Handsome…kena teh tarik secawan …lebur aku…Borang Sambung Belajar yang dah diproses pun aku sanggup tarik balik .Tapi sekarang ni Surat macam tu datang lagi. Tapi tempatnya bukanlah kat Oxford atau Cambridge atau kat Mancaster United (MU) tapi orang kata tempat ni adik beradik dengan (MU) Cuma atas sikit kat UK dan lebih tepat Main Entrance nya ialah Al-Rahman Mosque.. Aku Confuse sebenarnya…bukan soal tempatnya. Entahlah semenjak 2 menjak ni perasaan malas tu semakin menebal dalam jiwaku…tak tahu lah mana silapnya. Memang lah tidak ku nafikan belajar tu satu tuntutan (sabda Nabi walupun sampai ke liang lahad) Tapi aku malas..malas..malas….Confusenyalah aku hari ini… ada 28 hari lagi aku kena cari jawapan nya…

URUS MAJLIS WALIMAH(7-9 NOV 2008)






Aduh penat sungguh minggu ini, jawa bilang “kesel, lempoh” apakan daya terpaksa uruskan juga perkahwinan 2 mempelai nih…satu dari Jenderak Selatan dan satu lagi “mai” dari Kuala Nerang. Malam tu aku jadi Saksi Nikah dan Jurucakap Pihak Pengantin Perempuan adik ipar aku. Bacaan doa selamat dan ucapan ringkas serta mengepalai majlis Resepsi sekaligus dibuat pada Malamnya. Penat..penat..esok pulak aku jaga orang “Kejobos @ rewang@ sinoman” Majlis selesai Jam 6.00 Petang . Aku doakan adik aku ini bahagia hingga ke anak cucu. Hampir lebih 14 tahun aku jaga adik ipar aku ini seorang lelaki seorang perempuan (dari sekolah Rendah hingga Bujang) akhirnya minggu ini sah lah dia jadi suami dan isteri orang…lepas tanggungjawabku…Nak ucap juga Terima Kasih Kepada Ketua Kampung Abang Rasyid dan Am…Rendang palembang , Ayam goreng, nasi minyak, Sambal goreng mu enak sekali…Mau mbengi orak iso turu aku… TERIMA KASIH SEMUA ORANG KAMPUNG SIMPANG LIMA.

11/02/2008

JANGAN TERLALU MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH


Bagaimana agaknya perasaan anda jika budi tidak dikenang? Atau pertolongan yang selama ini anda hulurkan itu di balas “tunai” dengan kejahatan? Sakit atau tidak hati anda?

Maka kalau jawapan yang anda berikan itu “Ya” maka itu sebahagian tanda-tanda hati yang belum benar-benar ikhlas, dengan ertikata lain hati yang anda “empunya” itu belum lagi sampai ke tahap melakukan sesuatu hanya kerana Allah.

Janganlah anda kesal bila madu yang dihulur dibalas denga tuba, jika kita mula memilikki hati yang sedemikian, ertinya kitalah antara orang yang paling bahagia di dunia, kerana buktinya jiwa kita bebas dan tidak terikat dengan karenah manusia. Tetapi persoalannya mengapa kita sukar melupakan budi baik yang kita buat kepada orang lain?

Jawapannya mudah sahaja, iaitu kita spesis yang memang suka orang mengenang budi baik kita itu, atau dengan kata lain kita berusaha untuk melaburkab budi dan kemudian berusaha mengaut keuntungannya kemudian hari.

Apapun sidang pembaca yang budiman, kebaikan yang kita hulur itu bukannya dari kita. Sebenarnya ia datang dari kuasa Allah Rabbul Jalil, kita ini hanyalah saluran bagi Allah menyampaikan nikmat-Nya, kepada manusia lain. Justeru itu kebaikan yang kita berikan itu hanyalah “pinjaman” daripada Allah, Nah…..kalau begitu mana boleh kita berbangga dengan budi yang kita hulur itu.

Sidang Pembaca yang Budiman.

Janganlah sekali-kali kita marah dan rasa kecewa yang amat sangat , kalau kebaikan kita tidak dibalas, dilupakan atau lebih malang lagi dibalas dengan “tuba”! yang kita perlu sedari ialah kita ini hanyalah melaksanakan amanah Allah SWT. Kepada sesama manusia.

Orang yang ikhlas itu akan sentiasa menabur budi tanpa mengharap balasan, sama ada dia dibalas dengan baik ataupun tidak itu tidak penting baginya, dia berbudi kerana melaksanakan dan menyempurnakan titah perintah Allah SWT. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW. “Manusia yang baik itu ialah dia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”

Inilah sikap dan sifat yang dipaktis oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW. Baginda melupakan kebaikan yang dibuatnya, malah lebih dari itu baginda sendiri melupakan kejahatan terhadapnya, bagi baginda hatinya telah terlebih dahulu diserahkan kepada Allah SWT.

Sidang Pembaca Yang Budiman

Memang fitrah manusia tidak suka dikecam sekalipun dia bersalah, apa lagi dikecam sedangkan dia berbuat baik, atas dasar fitrahnya sahaja manusia mampu berbuat baik selagi dia dibalas dengan baik, tetapi jika kebaikannya dibalas dengan jahat, ia akan marah. Namun bagi seseorang yang benar-benar berbuat baik kerana Allah dia dengan senang hati boleh menerimanya dengan tenag.

Inilah bezanya orang yang berbuat baik di dorong oleh Fitrah, dengan orang yang berbuat baik kerana Allah. Sebenarnya rasa fitrah sahaja tidak cukup untuk manusia mencapai kebahagiaan, keamanan dan ketenangan hidup yang hakiki, sebaliknya manusia itu amat –amat memerlukan Allah (Rabb) yakni tuhan yang menurunkan islam sebagai landasan aturan hidup manusia, justeru itulah Al-Quran dan As-Sunnah berfungsi sebagai pendorong dan pengaturcara fitrah manusia di dalam melaksanakan amal kebaikan.

Mereka yang membuat kebaikan kerana perintah Allah, tidak sekali-kali akan kecewa kalau budi yang ditabur tidak dikenang. Orang begini bahagia hidupnya, baginya kebahagian sebenar ialah dapat berbudi kerana Allah.

Kita jangan pula rasa resah gelisah ataupun takut. Di Dunia ini sangat ramai manusia yang tidak berterima kasih, jadi kalau kita kesana kemari kerana mengharapkan terima kasih itu, kita sebenarnya sedang dilanda problem kejiwaan, bukankah Allah SWT sendiri telah menegaskan nelalui firmannya;

“ Sangat sedikit dari hambaku yang bersyukur” (saba : 13)

Maka dengan demikian , kalau kepada Allah pun bilangan yang berterima kasih (bersyukur) hanya sedikit, sedangkan budinya begitu banyak tidak terhitung, apalah sangat hendak dikesalkan kalau budi kita tidak dikenang hanya budi yang sekelumit itu sahaja? Jika kita inginkan kebahagiaan, berhentilah dari mengingat apakah orang lain berterima kasih ataupun tidak kepada kita. Sebaliknya carilah kebahagiaan dengan “memberi” tanpa “mengharap” untuk menerima apa-apa.

Kalau ini berjaya kita lakukan nescaya kita lebih berbahagia daripada orang yang menerima pemberian kita.

Jadilah ibu yang berbahagia kerana dapat mengasuh anak-anak tanpa mengharap balasan, kerana kerja mengasuh bukannya budi tetapi amanah, jangan banyak memfitnah takut pula anak kita perangainya saling tak tumpah ibu yang mengandungkannya.

Jadilah warga pendidik yang gembira kerana dapat mendidik mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengharapkan balasan kerana mendidik itu adalah tanggungjawab.

Jadilah ketua yang memimpin pengikutnya tanpa mengharap sebarang balasan kerana kepimpinannya bukan jasa tetapi tugas.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama bayangkan betapa Allah banyak memberi kepada kita tanpa meminta balasan, namun hambanya ada yang taat dan ada yang berterusan derhaka tidak sedarkan diri, walhal kita sama-sama masih diizinkan bernaung di bawah rahmat-Nya jua. Mengapa kita tidak boleh bertolak ansur walau sesaaat pun?

RENCANA INI TELAH DITERBITKAN DI DALAM MAKALAH SOUTUL JUMAAT UiTM (HABIHA)

AKU NAK JADI TUAN TANAH...




Minggu ini aku pergi tengok tapak tanah kebun yang hendak dijual kepada aku dengan harga RM 150,000 lebih kurang 1 ekar ½ , setelah aku melalui Tol 60sen aku pun masuk ke jalan yang dimaksudkan, namanya jalan Hj. Hashim



Niat asal beli tanah ni ialah nak buat projek Tanaman Nangka Madu, tapi tak tahu lah jadi ke tidak bila melihatkan Rumah kat kiri kanan kebun yang nak dijual tu cantik-cantik macam Rumah yang aku selalu mimpikan sebelum ini, tapi bukan macam mimpi en. ME yang tengah menjejakki Ahmad samerin jutawan more jutaria tu…Ganaz sangat mimpinya…tak basuh kaki la…tue.. Mie ,Niat nak tanam nangka Madu tu takut-takut tak menjadi sebab maklumlah bila sembang-sembang dengan jiran sebelah tanah yang nak aku beli ni rupa-rupanya sebangsa yang berlayar dengan kapal Star Cruise….satu masa dulu apa lagi medang-medang dan ngelenteng lah aku…di rumahnya lalu diajaknya aku bermastautin sahaja di sini…tinggalkan sahaja hiruk pikuk kota..lagi pun tempat kerja aku tak jauh sangat katanya hanya 22 KM sahaja. Masjid pulak tengah di naiktaraf…ada Chance katanya kalau aku nak jadi Nazir Mesjid…"engko sek lah wak" kataku …maka betapa kehangatan layanan dan kemesraan bangsa Jawa aku rasakan lagi hari ini…betullah Jawa memang Best…